...Wanita...

'Wanita sebagai pekerja.. wanita sebagai ibu.. wanita sebagai isteri... Dalam ketiga2 pilihan itu, yang manakah paling sukar dilakukan?'...

Tadi dalam keta, dengar Hot FM, bincangkan topic pasal WANITA... itulah soalan2 yang ditanya... macam2 komen/jawapan yang diberikan oleh pendengar... di sebabkan terlalu banyak, jadi kat sini aku hanya akan tulis komen/pandangan daripada diriku sahaja tentang wanita.. hehe...

Pandangan penulis: Wanita itu diciptakan sebegitu mulia oleh Allah... Keistimewaan yang dimiliki oleh kaum wanita amatlah banyak... Bagi aku, semua wanita itu bekerja... tidak kisah la sebagai pekerja kilang ke (macam aku...), cikgu ke, surirumah ke... mereka itu semua bekerja... suri rumah misalnya, mereka bekerja di rumah... otak bekerja (...duk pk..apa la nak masak petang ni..), fizikal pun bekerja (...sungguh penat tau kalo menyapu lantai, membasuh baju, men...etc) .. Hargailah setiap wanita!

Sekarang pun banyak kes amah didera... ada yang dibunuh... mereka ini juga golongan wanita... apsal perkara ni bley berlaku?? kalo da x suka pembantu rumah tu, pecatlah mereka... hukumlah mereka kalo mereka melakukan kesilapan... tp bukan dengan cara didera atau dibunuh... itu sungguh kejam!! kadang terfikir, norma kehidupan masyarakat kini semakin bercelaru... apakah tiada lagi sifat belas kasihan dalam diri setiap insan? atau makin lama makin hilang ciri2 kemanusiaan di kalangan kita?? (...nauzubillah... )

Hayati lah lirik lagu Sumaiyah ini... begitu besar pengorbanan yang dilakukan beliau... Kita bagaimana??... fikir2 kan lahh...

Dalam diri selembut sutera
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah


Nota tangan: Hawa(wanita) dijadikan dari rusuk kiri Adam(lelaki) dan bukannya dari kepala untuk disanjung, juga bukan dari kaki untuk dipijak, melainkan dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk disayangi dan dikasihi (Maha agung ciptaan Illahi)

Nota kaki: Hormatilah setiap wanita sebagaimana kita menghormati ibu kita sendiri

Jash
21:59
27012010

2 comments:

ima said...

Yeah, bebeh! Haha terbaiq.
Women are like a diamond ;D

Jash said...

that's right dear!
black diamond??? hard to find lol... =p