Durian...

Hi... arini hidup aku agak biasa... (hari2 sebelum ni luar biasa sangat kah? hoho...) Kat office aku buat kerja macam biasa, ada improvement pasal project aku sekarang... so kiranya aku agak happy la dengan keadaan di office hari ni...

Balik kerja tadi, aku n housemate singgah kat Kulai, bli barang yang special (aku kira agak special kerana memerlukan persetujuan dari Puan Mother dan Encik Bf hehe)... n tetiba mata kami tertancap pada gerai jual durian... i want durian!.. i want durian! Cik housemate rasa menyampah mendengar ngomelan aku lalu membuat satu offer yang aku rasa sungguh seronok untuk didengari hehe "Hey jash! jom berenti kat gerai durian tu, aku belanja.." yeahh! yeah! cik housemate blanje!!!! Setelah membeli beberapa biji durian, aku mendrive pulang ke rumah dengan hati yang berbunga2 alamanda..(kamu jika tidak tahu apakah itu bunga alamanda... iskkk tatau la nak cakap apa... yang pasti bukannya Alamanda,Putrajaya...itu sungguh jauh sekali bezanya)

Jap... Aku nak pergi intai durian kat dapur.. Sigh...

Ok, aku da kembali membawa cerita --> DURIAN itu sangat sedap! Gila ah SEDAP! Rasa x puas makan durian.. "Oitt makcik, sikit mau ingatla.. esok kerja..! Ingat diri itu sungguh bagus sampai boleh makan 3biji durian sekaligus????" Ouchhh...! Suda lupa diri sekejap...

Sekarang mau pergi rehat2 dan bersantai2 sambil menggosip dengan housemates... Jumpa lagi di next entry! gudnite... (^_^)

Nota tangan: Biasa orang nak bli durian akan tanya "Ni durian mana ya?"... (adakah soalan itu memberi maksud setiap orang yang bertanya itu amat tahu perbezaan antara durian pontian, durian pahang atau durian segamat? ) Penulis sendiri bertanya kan soalan yang sama tanpa mengambil peduli apakah jawapan dari penjual itu... hehehe

Nota kaki: Jangan lupa baca doa makan sebelum memakan dan disudahi dengan alhamdulillah... Bersyukurlah di atas nikmat yang dikurniakan-Nya...

Jash
23:26
25012010

No comments: