Salam Maal Hijrah 1432


Assalamualaikum kawan2 semua... Kita dah pun masuk ke tahun baru 1 Muharam 1432 Hijrah... Public holiday sudah semestinya... Semalam sebelum masuk bulan Muharam, saya terfikir, apakah azam yang saya ingin bawa bersama ke tahun baru 1432 Hijrah..? Bila bercakap pasal masuk tahun baru Hijrah, orang akan bercerita tentang segala jenis perhijrahan yang mereka lakukan.. Mungkin juga kerana mengambil iktibar daripada kisah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.. Jom kita hayati lirik lagu ni yang saya kira amat bermakna untuk difahami dan dijadikan motivasi diri dalam kehidupan seharian... Sebagaimana kaum Muhajirin dan Ansar yang akhirnya bersatu demi syiar Islam.. 

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua 
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Semoga kita semua akan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah dari Ilahi dalam menjalani kehidupan yang masih panjang ini... Jalan hidup di dunia yang sementara ini sebelum melangkah ke dunia yang kekal abadi nanti... Berpesan-pesanlah dan ingat-mengingatkanlah sementara masih ada peluang... Jadilah kita hambaNya yang bersyukur dan redha atas setiap ketentuan... Ameen...

Nota tangan: Setiap pengorbanan yang ikhlas dan menuju ke arah kebaikan pasti atas ganjarannya.. Insya Allah :)


Jash
Kerinduan pada keluarga tercinta

Blog berhabuk - bukan salah saya~~

Huhu.. tengok tajuk dah tahu dah... Jash mesti taknak ngaku salah dia juga bila blog ni da berhabuk... Sebenarnya banyak yang berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini... Nak tahu? Nak saya tulis kat sini? Urmmm pikir lama2... ok lah, let's share the story here :)

1. Bertukar kerja
Okeh, untuk pengetahuan semua, saya dah bertukar kerja. Berbeza sungguh bidang kerja lama saya dulu dan sekarang. Sebelum ini saya bekerja di industry field (private) tapi sekarang masuk ke education field (government).Dari seorang R&D Engineer bertukar ke Pegawai Latihan Vokasional (PLV). Betapa besarnya jurang yang perlu saya atasi. Tapi insya Allah saya akan cuba yang terbaik!

2. Beralih angin
Bila sudah bertukar tempat kerja, maka 90% sudah dijangka saya akan berubah life environment. Seperti mana sekarang, saya move from Skudai, Johor to Kuala Langat, Selangor. Satu tempat yang tak pernah saya jangka untuk berhabiskan daily life saya mungkin untuk few years yang mendatang. Saya cuba untuk berada dalam lingkungan masyarakat di Kuala Langat, tapi di awal kehadiran saya di sini saya terasa down. Adakah mampu untuk menghadapi semua ini? Insya Allah saya akan cuba yang terbaik!

3. Berubah pemikiran
Mind set saya juga perlu ditune. Saya perlu sentiasa mengingatkan diri saya bahawa saya sekarang sudah berubah daripada menjadi role model kepada adik-adik saya sahaja kepada satu kumpulan yang lebih besar iaitu bakal pelajar-pelajar saya. Besar tanggungjawabnya bila mana tugas kita adalah menyampaikan ilmu kepada orang lain yang tentunya akan menjadi salah seorang pemangkin negara satu hari nanti. Sekrang saya masih dalam proses adaptasi (menyesuaikan diri) dan ia mungkin mengambil masa yang sekejap atau mungkin juga lebih lama dari yang dijangka, itu pun mengikut kemampuan diri saya sendiri. Apapun Insya Allah saya akan cuba yang terbaik!

Sewaktu saya mula-mula menerima surat tawaran untuk jawatan PLV ini, hati saya mengatakan TAKNAK! Bermacam perkara yang saya fikirkan waktu itu. Perkara pertama adalah saya masih gilakan kerja saya di PSNM. Saya suka kerja di situ walapun environment kerja nya mungkinlah tidak sefabulous mana tapi saya suka! Bila saya bertanya dan makin bertanya, barulah saya tahu PLV ni salah satu tugasnya adalah mengajar. OMG! Saya tak pernah membayangkan saya akan mengajar satu hari nanti, walaupun pada hakikatnya Encik BF adalah seorang guru (yang memungkinkan saya untuk beralih angin menjadi cikgu seperti Encik BF). it never cross in my mind.

About a few days juga lah saya menangis disebabkan tawaran itu. Tapi lama saya berfikir sampailah satu ayat ini singgah kat dalam hati dan fikiran saya " Walaupun sehebat mana pun kerja yang dilakukan, tapi andai tidak mendapat restu kedua orang tua kita, maka kerja tu x akan kemana ".. Hati saya masih mengatakan tidak, tapi fikiran saya masih ok.. Masih boleh menilai bahawa "Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya". Walaupun sampai hari ini saya masih mencari apakah hikmah di sebalik perpindahan ini. Saya mula bekerja di PSNM dengan restu parents saya, dan saya bertukar ke government ini juga untuk memenuhi hasrat mereka dan saya yakin dengan restu mereka saya akan berjaya. Insya Allah! Mungkin juga perpindahan ini mengambil berkat 1 Muharam yang bakal menjelang tiba. "Kadang-kala Allah turunkan hujan di tengah hari agar pelangi cantik bakal bersinar selepas itu"...

Jangan ditanya perasaan saya ketika ini... Saya masih dalam proses transisi yang mungkin mengambil masa yang agak panjang.. Kehidupan harian yang agak berbeza... Pembawaan diri yang jauh ketara... Maka saya mengambil ia sebagai satu cabaran yang perlu saya tempuhi dengan penuh redha dan semangat juang yang x pernah pudar.. Saya x pernah berjauhan dengan orang-orang tersayang.. Di sini saya belajar erti hidup yang mungkin x pernah saya alami sebelum ini.. "Ya Allah, bantulah hambaMu ini meniti kehidupan yang penuh cabaran ini, jadikan hambaMu ini dikalangan insan-insan yang mensyukuri nikmatMu dan menjalankan amanahMu dengan penuh redha".. Ameen ya Rabbal Alamin..



Jash
@Putrajaya
Andai waktu mampu berputar kembali....

Eh tiba2 saya kena tag lagi..

Oh yeah..oh yeah... satu hari, satu kali tag.. dua hari, dua kali tag... tiga hari, dah takde tag dah.. haha... Okay2, silap intro pula... hehe...
Kali ini saya telah ditag oleh K.Muz.. Sudahlah ini kisah wishlist... Saya ni dah lah x berapa nak ada wishlist sangat.. Apa yang datang/dapat tu, itulah yang diterima seadanya.. (ahaaa! Nampak tu... good girl!!.. lalala~~).. Okeh, sekarang mari kita lihat, cukupkah 13 items yang bakal berada di dalam wishlist saya ini...

1. Bawak parents pergi haji.. Haa yang ini, rasanya memang tersenarai dalam wishlist setiap yang bergelar anak..

2. Kerja dekat dengan rumah.. Ini lagi lah.. Kalau kerja dekat dengan rumah, bolehlah saya stay dengan family... Tiap hari boleh makan masakan Puan Mother...

3. Kawen dengan Encik BF.. Since saya belum kawen lagi, jadi mestilah part kawen boleh masuk dalam wishlist saya hehe

4. Beli tanah.. Bukan untuk tanam cili dalam pasu, tapi as property.. Insya Allah sedang berusaha ke arah ini...

5. Sambung belajar.. Harapan lepas ni nak sambung Master, skali dengan Encik BF... Semoga perasaan nak belajar tak hilang lagi...

Dah takde benda lain dah dalam kepala ni... Susahnya nak pikir... Kiranya satu kejayaan lah tu saya ada 5 wishlist... Ada yang mungkin dapat cepat, ada yang mungkin lambat... Tapi kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha.. Maka sekarang saya sedang berusaha untuk mencapai impian saya tu... Doakan saya ya... 


Jash
Mode: Sleepy-meepy

25 kisah suka@duka saya.. ceewahh gitu...


*pic ehsan Makcik Yahoo! Yabedabedu....


Huk alohh.. tengah duk main-main Yahoo! Game, tetiba rasa nak buka blog.. Tetiba rasa nak tengok orang comment apa, tetiba pula kena tag dengan Cik Cousin.. Apa kejadahnya saya kena tulis 25perkara pasal diri saya.. yeke? Ke silap? Lebih kurang macam tu lah kot.. Stress den raso.. Samo lah macam pic yang den lotak tu hah... Siap la Ila oii, den tag ekau lenkali.. Sampai lobam lah haa ekau menjawab... hahahaha

Maghi la hah samo-samo baco apo den nak tulih ni haa.. Lalala~~~

1. Pertamo, den ni x suko menulih bilo terpakso.. Macam sekarang ni haa.. Siap ekau Ila..!! (tengok ni, 2 kali den bagi warning..!)
2. Den suko no.2.. Sobab? Den pun tak tau...
3. Den ni orangnya biaso yo... Takdo apo yang istimewa... Kalau kurang tu ado lah... Den ni kurang ketinggian... Tapi den kisah apo..
4. Den ni kojo kilang... Hari-hari den merempit dengan basikal tayar 4 tu... Den gilo lah sayang kek basikal den tu...
5. Den ado family yang sangat cool dan sporting dan happening! Pendek kato, den suko lah dongan family den...
6. Kalo bab emosional ni, den termasuklah skali dalam kategori emo... Tapi den kalo emo, den merajuk yo... Especially kalo dongan Puan Mother dan Encik BF... Den kalo merajuk paling best dongan beliau berdua itu lah...
7. Den menyampah botul guno laptop Encik Brother ni (ni hah den menaip ni dongan laptop beliau la ni)... Den tokan 'enter', cursor tak turun ke line seterusnya.. Geramnyaaa den!!
8. Den suko kalo ada sale.. Kalo takdo yang sesuai dongan diri den yang kecik molek (den porasan yo..) ni, den boli lah untuk adik-beradik den atau Encik BF den.. Yang penting, misti mau beli!
9.  Haa no.9 pun den tertarik... Sobab den lahir bulan 9... Den berbintang virgo dan virgin...(okehh x perlu heboh satu dunia..)
10. Den suko kojo den sekarang... Den suko jadi budak kilang...
11. Gilo ah! Taip banyak2, baru sampai no.11.. Heh!
12. Den nak kawen, tapi omak den kato tunggu laie 5taun.. Hehe ini den tipu yo.. Jangan percayo... Mampuih omak den kojar den...
13. Den suko lagu-lagu lamo.. Lagi lamo, lagi den suko... Tapi kalo lamo sangat pun, den raso memang tak tercapai dek telingo den ni haa... ( lagu apo kono eh jang tu masuk dalam list... kobau tu tak bagi makan lagi jang oii)
14. Den jarang tengok wayang.. Wayang tengok den ado lah agaknya...
15. Den ni pemalas... Tapi den suko Encik BF sebab beliau rajin.. Huk alohh.. Kontra tuhh...
16. Den tak rajin.. (samo dengan line atas.. hehe.. )
17. Den suko reading-meading ni... Apo jonis pun ok.. Den tak kisah...
18. Setiap pagi, Puan Mother akan kejutkan den bangun tido... Den sanggup lambat poie kojo kalo Puan Mother lambat kejutkan den... Kalo ado aktiviti hujung minggu pun, samo lah!
19. Haa ni tarikh harijadi den.. 19hb... Bulan 9, ( kat atas tadi den dah kobar kan...)
20. Den..den..den... dah lah nogori celup! Saya orang terengganu, jadi marilah kita tukar bahasa pemanggilan diri ya..
21. Saya ni lemah lembut, sopan santun, jalan lenggang lenggok, berbadan ramping, anak dua tak berapa pandai nak berbahasa berbunga-bunga... Mesti straight to the point... Kalo ada banyak berkias-kias, nanti lagi lama awak kena explain dengan saya.. Waste time saja!
22. Orang kata saya manja.. Urmm yang ini saya mengakulah, saya memang manja... Ok, next!
23. Saya jarang SMS... Paling banyak pun dengan Encik BF...Sebab? Hentah...
24. Saya tak boleh berseorangan... Saya takut... Kalau gelap, lagi saya takut...
25. Yes! yes! dah last one! Saya suka bercakap.. Jadi kalo tetiba saya diam tu, maknanya saya sedang marah... Rasanya lah kot.. hehehe

Ila, i have done this! Should i tag others? Nak tag, kesian.. Tak tag, x syok ar... Tapi ini akan dikira sebagai option.. Kalo kawan-kawan yang di tag tak mahu jawab sebab too busy, atau mahu jawab separuh saja, itu saya tak kisah.. Sebab saya tahu, u all sangat busy :) (baik kan saya ni.. baik kan?.. lalala~~~) Mari kita mengetag.. hoii!

1. Ima
2. K.sheera (sebab u dah lama x update blog.. hehe)
3. K.ina
4. Sapo laie..?

Nota tangan: Den mintak ampun kalo ado salah dan silap bahaso nogori den tapi ni... Den suko, nak buek macam mano...

Jash
07112010

Ini hari yang pelik..



Sekarang kami berada di s.putri, tengah tunggu bus untuk balik Terengganu.. Thanks to Marda n Nanad sebab sudi hantar saya.. Ok, sila lihat gambar, Nanad sangat comel lote berada di tengah2.. Saya dan Marda seperti giant pula.. Doakan semoga perjalanan saya selamat ya.. Wassalam..

Jash
Ingin pulang ke kampung

Happy 6th anniversary..



Note: post ini special edition versi luahan perasaan.. Khas untuk Encik BF.. Orang lain sila jangan muntah hijau ok?! Lalala~~

Salam.. Semalam petang, tengah busy2 buat kerja sebab last model for FTseries will be released by today.. Tetiba hp berbunyi-bunyi minta diangkat.. Akak receptionist call suruh ambil surat.. 'alahaii surat apa pula ni? Xde pun minta Puan Mother pos kan apa-apa surat'.. Bila dah dapat surat (actually a card), hati gumbira sebab dapat card dari Encik BF.. Dan bertambah gumbira sebab it's *Anniversary card*.. Dah 6 tahun we berkawan.. Saya sayang Encik BF sebab:
1. Encik BF sentiasa tolong saya time saya memerlukan.
2. Encik BF sabar layan kerenah saya yang macam angin pantai. Sentiasa berubah-ubah.
3. Encik BF suka berleter pada saya. Tapi selalunya memang sebab saya salah.
4. Family saya n kawan-kawan saya pun OK dengan Encik BF.
5. Saya memang sayang Encik BF!

Kadang-kadang saya rasa Puan Mother saya da transform jadi Encik BF. Puan Mother saya special, Encik BF pun special.

*Note untuk Encik BF: semoga kita sentiasa bahagia dan berada di bawah payung rahmat Ilahi.. Ameen..
<kenapa kita ada anniversary ya?>

Jash
Berfeeling-feeling

Raya (4) : JB time!

It's pics time again..n again...

Location: Rumah K.laila n A.sani (tengok baby Dinie)
               Rumah K.muz n Azhar ( thanks for nasi air... i like!!!! )
               Rumah K.sheera n A.hairul ( Encik BF terkejut bila i bagitau makan mee rebus..)






K.sha yang ayu gitu.. gaya macam wanita melayu terakhir..

 Achik and her son... Sorry Aunty lupa nama la dear... :)

K.muz and A.shukri's wife (named Yanti kalau x silap..) aishhh ingatan sangat teruk nihh...

K.azura, me (yang berbaju raya lain dari yang lain), Nanad, Ray

Nanad yang ayu.. suka sangat gambar ni!


Jash
Raya issue (Scheduled post)
Raya time means makan time.. perut gemots, hati senang!

Raya (3) : Arif punya turn!

Walaupun kawan-kawan cakap saya ni jenis driver yang lasak (acece lasak konon.. padahal org cakap "kamoo drive laju lah..")...

Okeh, kita mula perenggan baru... Walaupun saya telah mendapat lesen kereta sejak 4,5tahun yang lalu, dan boleh drive dengan 'well done' (acece... ini perasaan sendiri saja..), tapi my parents sangatlah tidak pernah bagi izin untuk saya drive sorang-sorang balik dari JB ke K.Terengganu n vice versa... Pernah Encik Father datang JB semata-mata nak teman saya drive balik kampung... Kalau time belajar kat UTM dulu, during semester break 3 bulan tu, saya terpaksa tinggalkan kereta pada Encik BF and saya balik by bus... Kereta saya hanya akan berpeluang pulang ke kampung setahun sekali (since saya kerja..), itu pun sebab saya merajuk-rajuk nak pulang beraya dengan kereta..

Raya tahun lepas, saya ajak kawan saya balik bersama ke K.Terengganu,.. From kampung to JB, Encik BF teman saya... Maka selamatlah kepulangan saya pada tahun lepas... Tahun ni, saya pulang beraya sehari sebelum raya, kawan-kawan saya semua da pulang ke kampung, tiada siapa boleh temankan saya.. Terpaksalah pujuk Fahmi untuk temankan saya drive.. Puan Mother cuma mahu ada seseorang di dalam kereta untuk temankan saya, maka Fahmi cuma bertiduran dalam kereta.. Takpe-takpe, itu pun sudah cukup bagus.... Thanks Fahmi :)

Kali ni, from kampung to JB, Arif temankan saya.. Dalam kekalutan persediaan untuk SPM, masih sudi beliau temankan saya... 3hari Arif di JB, nasib baik ada internet... Kalau tak, tentu kebosanan sebab beliau keseorangan di rumah pada hari kedua... Hari last Arif kat sini, we pergi tengok wayang ( since Encik BF mengajar di Limbang, saya hanya tengok wayang tiap kali cuti sekolah saja), shopping, ukur-ukur jalan di JB...




Arif drive.. pusing-pusing kat Danga Bay ( saya tak sanggup duk dalam kereta..) hehe






Kek besday : saya hanya request 1 piece.. Tapi Encik BF kasi 2 pieces (lain jenis)... Saya tak mau sebiji kek sebab tau tak akan habis...





Ohya, ini adalah first time Arif travel sorang-sorang naik bus express... Muka cuak gila, tak habis-habis tanya itu ini.. Alhamdulillah selamat sampai ke kampung dengan jayanya... Alahai adikku ini...

Jash
Raya issue (scheduled post)
Gembira punya adek-beradek yang sporting bagai...

Raya (2) : Boboy punya time!

Again.. It's pics time... Tapi semua gambar Boboy.. Let's enjoy pics yang tidak seberapa ini....
Location: Rumah Umi Nor n rumah Tok Su








Jash
Raya issue (scheduled post)

Raya (1) : Terengganu time!

Sangat happy pulang beraya di kampung halaman tercinta... Let's enjoy da pics!!!



 Wan's family without K.ha.. Sedihh K.ha takde masa ni.. 













Jash
Raya issue