Burn vs Bella

Burn: Bella, Burn akan tarik diri... Burn akan pergi dari sini, Bella...
Bella: (Dengan muka sedih...) Sob..sob..sob...

Tetiba ada suara membisikkan.." Terimalah orang yang ikhlas pada kita, walaupun kita x berapa menyukai orang itu"...

Ok jash, stop it! Apakah ayat2 di atas itu? Owhh sebenarnya tadi aku tengok Tari Tirana (TV3) jap, tengok scene Pakcik Burn and Makcik Bella bercintan-cintun hehe... Klaka pun ada jugak tengok drama tu.. Especially scene2 yang ada Makcik Bella and anak dia tu haha... Memang sesuai sangat jadi emak-anak...

Life hari ini seperti biasa... Menghabiskan waktu di ofis bersama kerja2 yang tidak pernah surut... Kalau dapat diputarkan masa, mahu saja kembali ke zaman tadika (wallaweeyy... terkebelakangnya kamu ini jashhh!... ) Yela, aku punya zaman tadika sangat menyeronokkan kerana cikgu sangat baik dan sangat manis dan sehingga sekarang masih manis lagi hehehe... Sayang Cikgu Zaiton.!!!.. Cikgu tadika kami adik-beradik... Start from K.ha sampai ke Boboy...

Jap... Durian time comes again!! Hehe...

Ok, I'm back with the smell of durian... Sigh..! Why durian is sooo wallaa??? Mungkinkah kerana aku anak Melayu sejati yang gilakan durian kedurianan? Atau mungkinkah kerana aku mempunyai satu selera yang sungguh istimewa? (Ok, mereka yang suka durian adalah ISTIMEWA .. ini kata aku! hehe) Menselit kisah malam tadi --> Puan Mother said "Dont eat too much durian.. Nanti badan itu kepanasan!" ... Cik Daughter ini sungguh tidak mendengar kata lalu makan durian macam x berapa nak ingat keadaan sekeliling lalu badan menjadi sangat panas sampai x bley tido... (Aku x kata panas macam air mendidih ok?! harap maklum!)...

Oiitt makcik, cukup2 la tu kisah durian...! Ok, back to today's story... Tadi masa on day way balik dari ofis, nampak eksiden... Yang menjadi hal nya adalah, manusia yang berenti untuk menonton sepertinya lebih ramai daripada manusia yang ingin menolong... Apakah itu? Aku rasa kalo setakat nak tengok, lebih baik kamu trus blah kerana kamu hanya menyesakkan jalan raya yang suda sedia sesak itu... Iskkk x faham btul dengan manusia2 itu...


Nota tangan: Anda setuju kah dengan statement ini " Terimalah orang yang ikhlas pada kita, walaupun kita x berapa menyukai orang itu" ? Kadang-kala kita lupa dengan orang2 di sekeliling kita... Kita mencari dan terus mencari seseorang yang kita sukai tanpa kita sedari sebenarnya orang yang sesuai dengan kita da ada di depan mata...

Nota kaki: Membantu mereka dalam kesusahan.. (boleh guna intonasi Wonderpet.!.. aku x kesah!! ).. Sifat yang mulia lagi berpahala itu sepatutnya wujud dan bercambah dalam diri setiap insan...

Jash
22:25
26012010


No comments: