...Merindui dan dirindui...

"Salam sejahtera pelajar2 semua..."<- agaknya inilah ucapan Encik Bf setiap kali masuk kelas ya?....

Tajuk entry kali ni agak kejiwang-jiwangan bukan?... Aku bukannya suka jiwang2 pun, romantik apatah lagi... Tapi ikhlas hati buat pengakuan ni, hari ini terasa sangat merindui Puan Mother, Encik Bf, dan keluarga tercinta... Terasa diri ini kesunyian berseorangan di perantauan... (oiittt makcik!!! Mana mau letak itu housemates tersayang???...) Erkk!! Lupa plak, ada housemates tersayang kat sini hehe... Sori2, hilang ingatan kejap hihi...

Cakap pasal perantauan ini, aku rasa nasib aku berpuluh2 kali lebih baik compared to Encik Bf... Encik Bf sekarang di Limbang, Sarawak... jauh dengan Cik Gf, jauh dengan keluarga... Kesiannya pada Encik Bf... Demi tugas mendidik anak bangsa, tentunya memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit... dan semestinya aku merasa sangat bangga dan terharu dengan tugas Encik Bf itu... Kalau aku, belum tentu aku mampu berjauhan sebegitu lama dengan keluarga... Da la susah nak balik.. Ohhhh TIDAKKKK!!!!!

Hari ini punya kisah... tadi balik kerja, pasang radio kuat gila ah... Tahap kalo telinga hamster tu maunya pecah berderai kes volume tahap gaban! Hahaha.. Apa punya pe'el ntah hari ini, tatau la... Tapi since aku da ada peneman setia masa pegi n balik kerja, maka nya aku ikut suka hati sahaja buat apa aku suka... Agak mencabar minda aku bila mana pakcik driver di sebelah kereta aku tadi menjeling2 (nasib baik x juling mata tu...) kereta aku... Agaknya sebab terlampau terganggu oleh muzik Black Eye Peas tu kot??? Hahaha (sorry ar pakcik, saya bukan sengaja nak pasang radio kuat2... saya saja nak test volume... hehehe)...

Lain kisah kita sambung next entry ya... Sekarang rasa kurang berkemampuan untuk berfikir... Gastric sedang menyerang diri ini dengan hebatnya!!! SOS! SOS!!!!

Nota tangan: Untuk Encik Bf, saya amat merinduimu...

Nota kaki: Beringat2 lah pada orang2an dijalanan apabila anda ingin mengetest volume kereta anda (Sungguh kejam kah aku ini kepada pakcik driver tadi???... katakan TIDAK!!!!)

Jash
22:05
28012010

...Wanita...

'Wanita sebagai pekerja.. wanita sebagai ibu.. wanita sebagai isteri... Dalam ketiga2 pilihan itu, yang manakah paling sukar dilakukan?'...

Tadi dalam keta, dengar Hot FM, bincangkan topic pasal WANITA... itulah soalan2 yang ditanya... macam2 komen/jawapan yang diberikan oleh pendengar... di sebabkan terlalu banyak, jadi kat sini aku hanya akan tulis komen/pandangan daripada diriku sahaja tentang wanita.. hehe...

Pandangan penulis: Wanita itu diciptakan sebegitu mulia oleh Allah... Keistimewaan yang dimiliki oleh kaum wanita amatlah banyak... Bagi aku, semua wanita itu bekerja... tidak kisah la sebagai pekerja kilang ke (macam aku...), cikgu ke, surirumah ke... mereka itu semua bekerja... suri rumah misalnya, mereka bekerja di rumah... otak bekerja (...duk pk..apa la nak masak petang ni..), fizikal pun bekerja (...sungguh penat tau kalo menyapu lantai, membasuh baju, men...etc) .. Hargailah setiap wanita!

Sekarang pun banyak kes amah didera... ada yang dibunuh... mereka ini juga golongan wanita... apsal perkara ni bley berlaku?? kalo da x suka pembantu rumah tu, pecatlah mereka... hukumlah mereka kalo mereka melakukan kesilapan... tp bukan dengan cara didera atau dibunuh... itu sungguh kejam!! kadang terfikir, norma kehidupan masyarakat kini semakin bercelaru... apakah tiada lagi sifat belas kasihan dalam diri setiap insan? atau makin lama makin hilang ciri2 kemanusiaan di kalangan kita?? (...nauzubillah... )

Hayati lah lirik lagu Sumaiyah ini... begitu besar pengorbanan yang dilakukan beliau... Kita bagaimana??... fikir2 kan lahh...

Dalam diri selembut sutera
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa berkorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah


Nota tangan: Hawa(wanita) dijadikan dari rusuk kiri Adam(lelaki) dan bukannya dari kepala untuk disanjung, juga bukan dari kaki untuk dipijak, melainkan dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk disayangi dan dikasihi (Maha agung ciptaan Illahi)

Nota kaki: Hormatilah setiap wanita sebagaimana kita menghormati ibu kita sendiri

Jash
21:59
27012010

Burn vs Bella

Burn: Bella, Burn akan tarik diri... Burn akan pergi dari sini, Bella...
Bella: (Dengan muka sedih...) Sob..sob..sob...

Tetiba ada suara membisikkan.." Terimalah orang yang ikhlas pada kita, walaupun kita x berapa menyukai orang itu"...

Ok jash, stop it! Apakah ayat2 di atas itu? Owhh sebenarnya tadi aku tengok Tari Tirana (TV3) jap, tengok scene Pakcik Burn and Makcik Bella bercintan-cintun hehe... Klaka pun ada jugak tengok drama tu.. Especially scene2 yang ada Makcik Bella and anak dia tu haha... Memang sesuai sangat jadi emak-anak...

Life hari ini seperti biasa... Menghabiskan waktu di ofis bersama kerja2 yang tidak pernah surut... Kalau dapat diputarkan masa, mahu saja kembali ke zaman tadika (wallaweeyy... terkebelakangnya kamu ini jashhh!... ) Yela, aku punya zaman tadika sangat menyeronokkan kerana cikgu sangat baik dan sangat manis dan sehingga sekarang masih manis lagi hehehe... Sayang Cikgu Zaiton.!!!.. Cikgu tadika kami adik-beradik... Start from K.ha sampai ke Boboy...

Jap... Durian time comes again!! Hehe...

Ok, I'm back with the smell of durian... Sigh..! Why durian is sooo wallaa??? Mungkinkah kerana aku anak Melayu sejati yang gilakan durian kedurianan? Atau mungkinkah kerana aku mempunyai satu selera yang sungguh istimewa? (Ok, mereka yang suka durian adalah ISTIMEWA .. ini kata aku! hehe) Menselit kisah malam tadi --> Puan Mother said "Dont eat too much durian.. Nanti badan itu kepanasan!" ... Cik Daughter ini sungguh tidak mendengar kata lalu makan durian macam x berapa nak ingat keadaan sekeliling lalu badan menjadi sangat panas sampai x bley tido... (Aku x kata panas macam air mendidih ok?! harap maklum!)...

Oiitt makcik, cukup2 la tu kisah durian...! Ok, back to today's story... Tadi masa on day way balik dari ofis, nampak eksiden... Yang menjadi hal nya adalah, manusia yang berenti untuk menonton sepertinya lebih ramai daripada manusia yang ingin menolong... Apakah itu? Aku rasa kalo setakat nak tengok, lebih baik kamu trus blah kerana kamu hanya menyesakkan jalan raya yang suda sedia sesak itu... Iskkk x faham btul dengan manusia2 itu...


Nota tangan: Anda setuju kah dengan statement ini " Terimalah orang yang ikhlas pada kita, walaupun kita x berapa menyukai orang itu" ? Kadang-kala kita lupa dengan orang2 di sekeliling kita... Kita mencari dan terus mencari seseorang yang kita sukai tanpa kita sedari sebenarnya orang yang sesuai dengan kita da ada di depan mata...

Nota kaki: Membantu mereka dalam kesusahan.. (boleh guna intonasi Wonderpet.!.. aku x kesah!! ).. Sifat yang mulia lagi berpahala itu sepatutnya wujud dan bercambah dalam diri setiap insan...

Jash
22:25
26012010


Durian...

Hi... arini hidup aku agak biasa... (hari2 sebelum ni luar biasa sangat kah? hoho...) Kat office aku buat kerja macam biasa, ada improvement pasal project aku sekarang... so kiranya aku agak happy la dengan keadaan di office hari ni...

Balik kerja tadi, aku n housemate singgah kat Kulai, bli barang yang special (aku kira agak special kerana memerlukan persetujuan dari Puan Mother dan Encik Bf hehe)... n tetiba mata kami tertancap pada gerai jual durian... i want durian!.. i want durian! Cik housemate rasa menyampah mendengar ngomelan aku lalu membuat satu offer yang aku rasa sungguh seronok untuk didengari hehe "Hey jash! jom berenti kat gerai durian tu, aku belanja.." yeahh! yeah! cik housemate blanje!!!! Setelah membeli beberapa biji durian, aku mendrive pulang ke rumah dengan hati yang berbunga2 alamanda..(kamu jika tidak tahu apakah itu bunga alamanda... iskkk tatau la nak cakap apa... yang pasti bukannya Alamanda,Putrajaya...itu sungguh jauh sekali bezanya)

Jap... Aku nak pergi intai durian kat dapur.. Sigh...

Ok, aku da kembali membawa cerita --> DURIAN itu sangat sedap! Gila ah SEDAP! Rasa x puas makan durian.. "Oitt makcik, sikit mau ingatla.. esok kerja..! Ingat diri itu sungguh bagus sampai boleh makan 3biji durian sekaligus????" Ouchhh...! Suda lupa diri sekejap...

Sekarang mau pergi rehat2 dan bersantai2 sambil menggosip dengan housemates... Jumpa lagi di next entry! gudnite... (^_^)

Nota tangan: Biasa orang nak bli durian akan tanya "Ni durian mana ya?"... (adakah soalan itu memberi maksud setiap orang yang bertanya itu amat tahu perbezaan antara durian pontian, durian pahang atau durian segamat? ) Penulis sendiri bertanya kan soalan yang sama tanpa mengambil peduli apakah jawapan dari penjual itu... hehehe

Nota kaki: Jangan lupa baca doa makan sebelum memakan dan disudahi dengan alhamdulillah... Bersyukurlah di atas nikmat yang dikurniakan-Nya...

Jash
23:26
25012010

Bila Cinta Bertasbih (^_^)

Lirik sungguh syahdu, irama menusuk kalbu...


Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

[*]
Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

[**]
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Back to [*][**]

Cinta…

Back to [**]

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Nota tangan: Cinta itu indah jika berlandaskan syariat Ilahi

Nota kaki: Cinta itu adalah suatu anugerah yang tidak ternilai agungnya... semailah ia dengan penuh kerendahan hati dan keluhuran budi...

Jash
21:18
24012010

Spontaneous!... (^_^)

Apakah yang dimaksudkan dengan spontaneous??
Menurut encik google:en.wiktionary.org/wiki/spontaneous
>Self generated; happening without any apparent external cause; Done by one's own free choice, or without planning; proceeding from natural feeling or native tendency without external constraint; arising from a momentary impulse; controlled and directed internally : self-active : spontaneous ...

Semalam:

Lepas balik kenduri dari rumah makcik jiran (thanks makcik... nasi beriani sangat sedap... sampai saya berharap makcik akan anta makanan lagi pada saya untuk makan malam uhuk3...), aku n housemates menuju ke bandar (sebenarnya KIP Mart adalah destinasi yang ingin dituju)... On da way tu:

Penulis: Da lama kita x gi Angsana kan?
Housemate1: A'ah la.. Memang da lama x gi pun huhu
Penulis: Kalau gitu, kita gi Angsana la dulu... (Nampak x keputusan spontan yang berlaku! Iskkk)
Hosemates semua: Nak! x10 (perghh! memang bersemangat ah mereka itu) hahaha

Pergi Angsana jugak menyebabkan housemate1 aku rambang mata lalu membeli 1pasang sandal... (ada jualan apa ntah.. tapi harga xde ar murah sangat pun.. biasa2 je...). Then kami ternampak la plak orang jual inai... Tiba2 rasa cam "Da lama x pakai inai... best jugak kan kalo pakai inai" ... lalu terjadilah kejadian spontan kedua, bli inai n malam ni bersemangat nak pakai inai hahaha... Tamat kisah di Angsana (x kan nak cerita details plak kan... nanti korang menyampah plak nak baca... hehe)...

After Angsana, we're heading to KIP Mart (ni tujuan asal kami kluar ok!)... Pergi KIP Mart tengok ramai orang pakai tudung putih (Muslimah la..) menandakan mereka berkabung atas pemergian almarhum Sultan Johor (tadi kat Angsana pun sangat banyak orang pakai macam tu)... kami straightly pergi ke tempat tujuan kami tu, tapi malangnya tempat tu tutup... Disebabkan rasa dissapointed yang amat sangat (sebab kedai tu tutup..) aku membuat keputusan untuk beli set bilik tido untuk bilik aku...(gila apa budak ni.. dissapointed punya pasal je tu...)... Itu adalah keputusan spontan aku kali ketiga untuk semalam... iskkk...

Hari ini:

Pagi2 buta hari ini (11am kira pagi buta x? hehehe), aku ngan housemate nak kemas2 bilik aku sebab tunggu kedai perabot anta set bilik tido tu... alkisahnya kelaparan datang menjelma, pastu aku decide kuar bli makanan jela... Ok then kami pergi taman U untuk bli brunch (breakfast+lunch)... pastu housemate rasa nak makan durian, pegi pasar tapi x jumpa durian.. ini sudah menimbulkan kehampaan pada kami... last2 pegi pasar hanya untuk bli harian metro n majalah wanita (tatau la apa yang best dalam majalah wanita ni... tapi housemate suka bli huhu)...

Then on da way balik, tetiba nampak kedai aksesori kereta... dan dengan sepantas kilat bagi signal ke kiri n stop kat kedai tu... (spontan sungguh!...)

Penulis: Bos, saya mau letak nama saya kat keta saya boleh x?
Bos (nama tarak tau): Miss nak letak nama apa n kat mana? Tunjuk sama saya la...
Aku pun tunjuk la tempat aku nak letak nama tu...
Bos (nama tarak tau): Ok la miss... jom kita pilih huruf yang miss nak tu...
Dengan perasaan senang hatinya, aku pun pilih la huruf2 nama aku tu n he asked his friend to do it for me...
Bos (nama tarak tau): Ok miss... da siap!
Uwaaaa!!!!! Nama aku terbalik... adeiiii langsung kena tunggu lagi sebab nak betulkan balik nama tu... sungguh x senang hati ini...

Masa tengah tunggu tu, aku nampak la plak ada orang pasang visor (betul ke apa aku tulis ni??)... Aku pun mintak la kat bos tu suh pasangkan skali untuk keta aku...(minah ni... adoiii laa... suka btul buat keputusan spontan bila rasa x senang hati...) Dan selepas setengah jam, aku pun dapatla aksesori baru untuk keta aku hehe... lalu balik rumah dengan perasaan yang sungguh gumbira sambil bernyanyi2 lagu bila cinta bertasbih...


Nota tangan: Spontaneous itu ada baik dan buruknya... lain orang lain pandangannya... dan secara dasarnya... penulis merupakan seorang yang agak spontan dalam kehidupan... anda bagaimana?

Nota kaki: Penulis akan mengupload gambar2 kejadian spontan yang berlaku dalam entry seterus2 nya... Harap maklum!

Jash
21:11
24012010

Al-fatihah...

Al-fatihah... sultan johor yang dikasihi (kasih laa sebab johor ni tempat aku cari rezeki...) telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya... Semoga roh baginda di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Ameen...

Jap lagi aku nak gi kenduri rumah makcik jiran sebelah rumah ni... Majlis kesyukuran sambut menantu... Menantu dia orang sabah.. Jauh tu... Tahniah untuk makcik jiran sebab dapat menantu *wink*wink* Lambat pegi kenduri sebab aku baru balik dari ofis.. Sabtu keja?? iskkk tu la masalah aku ni... sabtu patutnya orang rehat2 ke, berdondang sayang kat rumah ke, bertido2an ke...baru la syok! iskkk...

Petang ni plak aku kena gi bandar jap, ada urusan yang perlu disetelkan... Ya Allah, Kau permudahkan lah segala urusanku pada hari ini... Semoga segalanya berjalan lancar... Ameen... Ok la beb, aku stop sini dulu... Jumpa di next entry! (^_^)

Nota tangan: Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati... Al-fatihah untuk semua roh muslimin dan muslimat yang telah pergi meninggalkan kita... (i miss my beloved Yang... )

Nota kaki: Kenduri kawen x semestinya dalam keadaan yang penuh grand... Cukup sekadar bersederhana... (salute ah tengok makcik jiran punya majlis...)

Jash
14:29
23012010

Prank!!!!

Damn it!!! Itu perkataan pertama kuar dari mulut aku once aku tau yang aku da diprank oleh officemate aku... sampai hati kamu wahai officemateku... nak tau kisahnya? lebih kurang cam gini la...

Semalam petang aku cuba (perkataan ini adalah amat sesuai! yakni aku mencuba..) untuk melakukan satu gurauan dengan GenS (bukan nama sebenar yang keja 1 ofis ngan aku).. aku call dia n cakap bos dia nak jumpa dia... at that time GenS suda balik dari ofis (yalaa sebab kejadian ni berlaku selepas office hour) n selepas jawab call aku tu, GenS terus patah balik ke office ( ni laa kisah yang aku sebenarnya tatau...aku tatau pun yang dia patah balik ke ofis)... n dia terus pi jumpa bos dia tu... n bos dia pelik n mungkin tertanya2 "ape kehe nye budak ni datang jumpa aku tiba2"...OMG!!!!! apa perasaan korang kalo korang kat tempat GenS??? waaaaaaa!!!! mak..tolong aku!

Jadi hari ni, dalam kul 2pm++, officemate aku yang lain, kita namakan sebagai GenH, telah menceritakan kejadian semalam (kes GenS patah balik ke ofis) kat aku.. ditambahkan plak dengan tokok tambah yang ntah pape (salah satunya adalah : bos GenS nak jumpa ko arini!)... dushhh!! lembik jap aku n terkeluarla mutiara2 indah dari panca penglihatanku... aku nangis beb! gila ah maluuu sebab nangis tapi nak buat camne, aku da gelabah tahap x bley blah ah..!!! siap penceritaan yang menakutkan hati dan minda aku ni... sampai kan pegi meeting pun mata merah n bengkak (macam raksasa? ahaks!~~) tahap x bley blah ahh...

Pastu another officemates aku GenA n GenN (nama yang x berapa nak sebenar) sama naik memporak-perandakan jiwa aku yang da kacau bilau...hadooo!!!! setelah hampir beberapa jam (aku cakap beberapa jam ok?!) aku melelehkan air mata, baru la aku sedar yang aku telah diprank kan oleh GenH n the gang! (ini pun setelah GenS bagitahu aku yang dia xde mara pun dengan aku, atau lebih senang cite, bos dia x de masa pun nak jumpa ngan aku... apatah lagi nak revenge dengan aku (ini perasaan aku la... hehe)... sungguh sadis perlakuanmu wahai officematesku... time2 tu jugak aku rasa nak pelangkung mereka dengan sehabis daya, tapi sampai hati ke? hahaha... tentu la tidak... kalo diorg xde, sape lagi nak cari gaduh ngan aku? huhu.. bertambah bosan la hidup aku kat ofis...

Ok, tamat cite kisah aku prank dan diprank... bila da jadi kes macam ni, aku da insaf la nak bergurau ngan orang2 yang aku masih x kenal sikap/perangai mereka yang sebenar... (walaupun niat untuk bergurau, seboleh2 nya elakkan mengguris hati insan lain, terutama kawan2 kita yang dikasihi)

Nota tangan: Sorry ah kalo korang tergeliat otak sebab nama2 mangsa/pemangsa yang pelbagai itu.

Nota kaki: Aku dengan rasa rendah diri dan penuh hormat ingin memohon maaf kepada GenS jika sekiranya beliau terbaca blog aku ni... sorry beb, x sengaja... maafkan diriku ini (^_^)

Jash
23:05
22012010

Kasi la credit kat aku!

Pagi ni bangun tido dengan muka yang amat la blur... Rasa malas nak pi kerja, malas nak bangun tido... tapi yang syoknya, itu la perasaan yang aku hadapi setiap pagi hahaha... Soalan lazim: Kenapa mesti aku kena kerja??? Ya Allah minah niii (ditujukan khas untuk diri aku sendiri) apsal la mengong sangat... kalo ko x kerja, sape nak bayar loan keta, loan pelajaran n segala jenis loan dalam list ko tu.... iskkkk... sadis btul!

Pagi2 buta hari ni, tiba2 ada conversation yang serupa ini:

Roomate : "Wehhh.. kasi la credit kat aku!" (ini la tajuk entry kali ni)...
Penulis : apa kes nak bagi credit kat ko? aku ada guna hp ko ke sampai credit ko habes? hahaha....
Roomate : erkk!!! apo kono eh jang... aku bukan cakap pasal credit hp aku la!
Penulis : abes tu pasal apa?
Roomate : Kasi la credit kat aku sebab aku pun contribute jugak dalam penamaan blog ko tu (ini la blog yang dimaksudkan tuhh!!)...

Cehhh rupanya dia nak aku kasi credit pasal tu... baru aku faham... hehehe... So skrg, aku nak mengucapkan terima kasih la kat ko wahai roomate sebab tolong bagi aku idea pasal nama blog ni... nak aku tulis nama penuh ke? hehehe.... Ferris Tonhil a.k.a Ferris Tonggas! Nama ala2 glemer macam minah gebu...(sila rujuk ruangan gosip berita harian) hahaha...

Urmm pegi keja hari ni, xde geng yang slalu buli aku... 2 orang MC, maknanya sape je yang tinggal?.... iskkk... kebosanan hidup kat ofis... tapi keja tetap keja... itu amanah, aku x bley abaikan... kalo aku rasa malas nak keja (ada ke aku rasa malas nak keja?) ... ayat tersebut tiada sambungan, jadi sila abaikan hehehe! yeahhhh!! hidup penuh semangat! (^_^)

Aku stop sini dulu, nanti kalo kerajinan melanda, aku update lagi... Ini laa kisah aku, kalo kamu tidak suka.... ada aku kesah?? hehe... Jumpa lagi di next entry....

Nota tangan: Kadang2 kita gembira bila kita saling menghargai...

Nota kaki: Kerja adalah satu amanah! Jadi, lakukan lah kerja kita dengan penuh keikhlasan...

Jash
22:07
22012010




Aku blogger???

Selama ni aku baca blog orang je... tiba2 hari ni...ntah macamana ntah, rasa nak buat blog sendiri... Finally, ini lah hasil blog aku... for the first entry, aku pun tatau nak conteng apa... ada bakat ke aku nak menulis??? (soalan ini ditujukan khas untuk diri ini..huhu)... tapi bak kata housemate, tulis la sket2, lama2 ok la tu... (thanks dear!)


Kenapa nak buat blog ek?
1. Miss MM : Buat la blog... nanti u boleh luahkan perasaan u dalam blog sendiri
Komen penulis : Bukan ke tiap2 malam u da jadi pendengar setia i... hehehe


2. Miss N : Ko tulis je apa2 pun... Yang tukang baca pun bukan sape pun, aku jugak yang baca haha
Komen penulis : Ceh! x mengencouragekan langsung!!! haiyyyaa!!!


Bila fikir balik, apa theme blog aku ni? Alaaa malas btul nak pk... Anyway, blog aku, aku yang tulis, so ikut suka hati la kan nak tulis apa pun... ada aku kesah??! uhuk3...

Da la, nak stop sampai sini dulu... Jumpa lagi di next entry! Choww....