Setelah lama menyepi

Salam pada semua... Apa khabar uols? Lama betul saya menghilang setelah catatan terakhir saya sebelum saya bergelar PUAN... Dah nak masuk 8 bulan dah.. Lama tu hehe... Lantas janji untuk update segala persiapan kahwin ranap sebegitu sahaja... Apa pun, majlis kahwin saya pada Disember 2011 yang lalu berjalan dengan sebaiknya tanpa sebarang masalah... Alhamdulillah... Jom tengok picasa sikit padamajlis kahwin kami di sebelah pihak saya ;)

Pic 1:  Pelamin tunang dan nikah (tanpa kerusi)

Pic 2: Kesayangan saya

 
Pic 3: Majlis Pertunangan ( penuhi hasrat untuk menjadi tunangan orang )

Pic 4: After solemnization (see, nak bercakap pun kena dongak huhu)

Pic 5: Buah hati pengarang jantung

Share sikit saja pics... Cukuplah untuk tatapan semua... Hehe... Ohya itu kisah 8 bulan yang lepas... Kisah hari ini apa pula??... Hehe

JANUARI
Saya dapat perkhabaran yang sangat tak best, ditukarkan daripada Bengkel Multimedia ke Unit CESS... Daripada duduk dalam bilik tanpa cermin (sangat best sebab bila badan x sihat, boleh kunci pintu duk diam2 dalam bilik) ke bilik bercermin yang mana Pengarah boleh tengok kita bila2 masa je dia nak... Uhuk3x..

FEBRUARI
Dapat tawaran untuk berkursus di Shah Alam selama 3 bulan... Sangat gembira sebab dapat berjauhan dari office dan paling penting dapat jumpa dengan Waniey lagi (yang saya cerita dalam post pasal Induksi Umum sebelum ni)... Maka start 28 Februari, bermulalah rutin harian saya sebagai seorang pelajar bagi kursus Vocational Training Officer... Sijil VTO ni bukanlah syarat wajib dalam perkhidmatan saya, tapi pada saya ianya amat berguna dalam memantapkan diri sebagai seorang pengajar bidang kemahiran...

MAC
Hidup seharian seperti pelajar lain cuma bezanya saya dan Waniey mempunyai banyak maa untuk meneroka KL dan Shah Alam... Hehe kalau dah jenis suka shopping, suka jalan2, memang x lekat kat hostel lah jawabnya... Kami pula mengamalkan sistem kongsi kenderaan, maka bertambahlah jimat... Seminggu guna kereta saya, seminggu guna kereta Waniey... Bergilir-gilir setiap minggu sehinggalah tamat kursus pada akhir Mei... Setiap hujung minggu pula kami balik ke Banting sebab taknak stay kat hostel di CIAST... Dan berjumpa En. Hubby pun cuma dua,tiga hari kerana kekangan waktu berkursus.. Time cuti sekolah, saya hantar beliau pulang ke rumah ibu... (cess ayat sikit punya x boleh blah hehe)

APRIL
Ohya saya juga dapat berita gembira kerana dah dapatkan surat pengesahan perkhidmatan.. Alhamdulillah sebab genap setahun berkhidmat dalam kerajaan ni, dah sah jawatan... Alhamdulillah sekali lagi... Sepanjang berkursus, banyak kenangan masam manis yang dialami.. Yang lucu pun ada... Pernah sakit perut sebab salah makan, siap duk berteka-teki kot2 pregnant.. Memang lucu time tu sebab orang yang paling excited adalah Cik Waniey ;p tapi tu semua kenangan yang sangat2 comel untuk diingati... 

MEI
Ouchh bulan terakhir untuk bergembira bersama Waniey dan bulan paling sedih sebab dah terpaksa pulang berbakti di Banting... Aduhh MidValley sudah jauh, Sogo sudah jauh, Sunway Pyramid sudah jauhh... Alaaa semuanya sudah jauh... Disebabkan kursus ni lah, dapat juga berenjoy2 bersama Ima *wink wink ... Dan bermula 27 Mei, saya pulang untuk lapor diri bagi menjalani internship sehingga hujung tahun ni... Arghh bermula lagi kisah suka duka di tempat kerja baru saya... Tapi apa yang menarik, berakhirnya kursus VTO bermakna bermulanya cuti sekolah bagi suami saya... Yeayy dapat bersama suami selama dua minggu adalah hari-hari  yang amat membahagiakan.. Itu lah kekdahnya kalau dah suami isteri duduk berjauhan.. Duk tertunggu2 time cuti sekolah (walaupun time suami cuti, si isteri kerja ghupe takde esok dah.. workaholic lah snagat mak jemahh oiii)..

Ohh dah tulis sampai bulan Mei, makanya jejari yang x berapa nak runcing ni dah terasa penat lah pulak... Huhu... Justeru kita akan sambung bersiaran di next entry ya... 

Salam Ramadhan,

Jash
20:43
02082012