Spontaneous!... (^_^)

Apakah yang dimaksudkan dengan spontaneous??
Menurut encik google:en.wiktionary.org/wiki/spontaneous
>Self generated; happening without any apparent external cause; Done by one's own free choice, or without planning; proceeding from natural feeling or native tendency without external constraint; arising from a momentary impulse; controlled and directed internally : self-active : spontaneous ...

Semalam:

Lepas balik kenduri dari rumah makcik jiran (thanks makcik... nasi beriani sangat sedap... sampai saya berharap makcik akan anta makanan lagi pada saya untuk makan malam uhuk3...), aku n housemates menuju ke bandar (sebenarnya KIP Mart adalah destinasi yang ingin dituju)... On da way tu:

Penulis: Da lama kita x gi Angsana kan?
Housemate1: A'ah la.. Memang da lama x gi pun huhu
Penulis: Kalau gitu, kita gi Angsana la dulu... (Nampak x keputusan spontan yang berlaku! Iskkk)
Hosemates semua: Nak! x10 (perghh! memang bersemangat ah mereka itu) hahaha

Pergi Angsana jugak menyebabkan housemate1 aku rambang mata lalu membeli 1pasang sandal... (ada jualan apa ntah.. tapi harga xde ar murah sangat pun.. biasa2 je...). Then kami ternampak la plak orang jual inai... Tiba2 rasa cam "Da lama x pakai inai... best jugak kan kalo pakai inai" ... lalu terjadilah kejadian spontan kedua, bli inai n malam ni bersemangat nak pakai inai hahaha... Tamat kisah di Angsana (x kan nak cerita details plak kan... nanti korang menyampah plak nak baca... hehe)...

After Angsana, we're heading to KIP Mart (ni tujuan asal kami kluar ok!)... Pergi KIP Mart tengok ramai orang pakai tudung putih (Muslimah la..) menandakan mereka berkabung atas pemergian almarhum Sultan Johor (tadi kat Angsana pun sangat banyak orang pakai macam tu)... kami straightly pergi ke tempat tujuan kami tu, tapi malangnya tempat tu tutup... Disebabkan rasa dissapointed yang amat sangat (sebab kedai tu tutup..) aku membuat keputusan untuk beli set bilik tido untuk bilik aku...(gila apa budak ni.. dissapointed punya pasal je tu...)... Itu adalah keputusan spontan aku kali ketiga untuk semalam... iskkk...

Hari ini:

Pagi2 buta hari ini (11am kira pagi buta x? hehehe), aku ngan housemate nak kemas2 bilik aku sebab tunggu kedai perabot anta set bilik tido tu... alkisahnya kelaparan datang menjelma, pastu aku decide kuar bli makanan jela... Ok then kami pergi taman U untuk bli brunch (breakfast+lunch)... pastu housemate rasa nak makan durian, pegi pasar tapi x jumpa durian.. ini sudah menimbulkan kehampaan pada kami... last2 pegi pasar hanya untuk bli harian metro n majalah wanita (tatau la apa yang best dalam majalah wanita ni... tapi housemate suka bli huhu)...

Then on da way balik, tetiba nampak kedai aksesori kereta... dan dengan sepantas kilat bagi signal ke kiri n stop kat kedai tu... (spontan sungguh!...)

Penulis: Bos, saya mau letak nama saya kat keta saya boleh x?
Bos (nama tarak tau): Miss nak letak nama apa n kat mana? Tunjuk sama saya la...
Aku pun tunjuk la tempat aku nak letak nama tu...
Bos (nama tarak tau): Ok la miss... jom kita pilih huruf yang miss nak tu...
Dengan perasaan senang hatinya, aku pun pilih la huruf2 nama aku tu n he asked his friend to do it for me...
Bos (nama tarak tau): Ok miss... da siap!
Uwaaaa!!!!! Nama aku terbalik... adeiiii langsung kena tunggu lagi sebab nak betulkan balik nama tu... sungguh x senang hati ini...

Masa tengah tunggu tu, aku nampak la plak ada orang pasang visor (betul ke apa aku tulis ni??)... Aku pun mintak la kat bos tu suh pasangkan skali untuk keta aku...(minah ni... adoiii laa... suka btul buat keputusan spontan bila rasa x senang hati...) Dan selepas setengah jam, aku pun dapatla aksesori baru untuk keta aku hehe... lalu balik rumah dengan perasaan yang sungguh gumbira sambil bernyanyi2 lagu bila cinta bertasbih...


Nota tangan: Spontaneous itu ada baik dan buruknya... lain orang lain pandangannya... dan secara dasarnya... penulis merupakan seorang yang agak spontan dalam kehidupan... anda bagaimana?

Nota kaki: Penulis akan mengupload gambar2 kejadian spontan yang berlaku dalam entry seterus2 nya... Harap maklum!

Jash
21:11
24012010

No comments: