Prank!!!!

Damn it!!! Itu perkataan pertama kuar dari mulut aku once aku tau yang aku da diprank oleh officemate aku... sampai hati kamu wahai officemateku... nak tau kisahnya? lebih kurang cam gini la...

Semalam petang aku cuba (perkataan ini adalah amat sesuai! yakni aku mencuba..) untuk melakukan satu gurauan dengan GenS (bukan nama sebenar yang keja 1 ofis ngan aku).. aku call dia n cakap bos dia nak jumpa dia... at that time GenS suda balik dari ofis (yalaa sebab kejadian ni berlaku selepas office hour) n selepas jawab call aku tu, GenS terus patah balik ke office ( ni laa kisah yang aku sebenarnya tatau...aku tatau pun yang dia patah balik ke ofis)... n dia terus pi jumpa bos dia tu... n bos dia pelik n mungkin tertanya2 "ape kehe nye budak ni datang jumpa aku tiba2"...OMG!!!!! apa perasaan korang kalo korang kat tempat GenS??? waaaaaaa!!!! mak..tolong aku!

Jadi hari ni, dalam kul 2pm++, officemate aku yang lain, kita namakan sebagai GenH, telah menceritakan kejadian semalam (kes GenS patah balik ke ofis) kat aku.. ditambahkan plak dengan tokok tambah yang ntah pape (salah satunya adalah : bos GenS nak jumpa ko arini!)... dushhh!! lembik jap aku n terkeluarla mutiara2 indah dari panca penglihatanku... aku nangis beb! gila ah maluuu sebab nangis tapi nak buat camne, aku da gelabah tahap x bley blah ah..!!! siap penceritaan yang menakutkan hati dan minda aku ni... sampai kan pegi meeting pun mata merah n bengkak (macam raksasa? ahaks!~~) tahap x bley blah ahh...

Pastu another officemates aku GenA n GenN (nama yang x berapa nak sebenar) sama naik memporak-perandakan jiwa aku yang da kacau bilau...hadooo!!!! setelah hampir beberapa jam (aku cakap beberapa jam ok?!) aku melelehkan air mata, baru la aku sedar yang aku telah diprank kan oleh GenH n the gang! (ini pun setelah GenS bagitahu aku yang dia xde mara pun dengan aku, atau lebih senang cite, bos dia x de masa pun nak jumpa ngan aku... apatah lagi nak revenge dengan aku (ini perasaan aku la... hehe)... sungguh sadis perlakuanmu wahai officematesku... time2 tu jugak aku rasa nak pelangkung mereka dengan sehabis daya, tapi sampai hati ke? hahaha... tentu la tidak... kalo diorg xde, sape lagi nak cari gaduh ngan aku? huhu.. bertambah bosan la hidup aku kat ofis...

Ok, tamat cite kisah aku prank dan diprank... bila da jadi kes macam ni, aku da insaf la nak bergurau ngan orang2 yang aku masih x kenal sikap/perangai mereka yang sebenar... (walaupun niat untuk bergurau, seboleh2 nya elakkan mengguris hati insan lain, terutama kawan2 kita yang dikasihi)

Nota tangan: Sorry ah kalo korang tergeliat otak sebab nama2 mangsa/pemangsa yang pelbagai itu.

Nota kaki: Aku dengan rasa rendah diri dan penuh hormat ingin memohon maaf kepada GenS jika sekiranya beliau terbaca blog aku ni... sorry beb, x sengaja... maafkan diriku ini (^_^)

Jash
23:05
22012010

2 comments:

GenA said...

Macam ku kenal je sape GenS, GenH dan GenN.. GenA? lagi la aku kenal.. hahaha

Jash said...

ceh! akhirnya dikau tahu jua siapa dirimu ... hahaha.. hang senyap2 saja ya GenA =p