Random

Hi all... Selamat pagi... Tanpa sebarang intro yang mencabar hati, mari lah kita bersiaran di bulan Ramadhan ini dengan penuh ketabahan diri.. Maaf, ayat agak tidak menentu gara-gara hati tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman... Ceewaahhh... Maaf lagi sekali...

Ini cerita random, saya masukkan je mana gambar yang belum diceritakan lagi... Justeru perlu ada kesabaran sewaktu membaca entry ini.. Jika anda tidak sabar orangnya, baiklah, sila klik 'X' di sebelah hujung kanan screen anda, atau jika anda own sebijik apple mac, sila click 'X' di hujung kiri screen anda.. Dushh dushh!~~ Perenggan kedua je dah mengarut.. Hikhik terover plak.!~~


First time saya beli kerongsang yang panjang2 gitu, konon2 kerongsang raya lah... Hehe... Dan first time juga rasanya beli kerongsang berpuluh2 ringgit.. Saya ni selalunya beli kerongsang yang harga RM1 sebiji tu je.. Alaa yang comel2 kecik2 tu... Tapi ni saya borong untuk Puan Mother dan adik2 saya sekali... Ohya kerongsang ni saya beli masa saya berhenti kat R&R Tapah on the way balik from Penang hari tu... 

Cerita pasal balik dari Penang, saya bergerak pukul 6.30am dalam keadaan sakit kepala sebab x cukup tido dan x cukup rehat (mana tak nya, asyik berjalan dan bershoping je huhu).. Tengah drive, call Puan Mother bagitahu sakit kepala n rasa sleepy, pastu nampak signboard R&R Tapah terus Puan Mother suruh berehat dulu... Ingat nak tido sat, tapi memang x boleh tido lah time2 dah sakit kepala yang agak teruk gitu, keluar kereta pi basuh muka, pastu beli makanan untuk bekalan (Puan Mother siap pesan suruh beli makanan, kalau x tahan, berbuka lah.. kata musafir..) dan tetiba nampak kedai kerongsang.. Alrite, terus bertapa di situ lebih kurang 20minit.. 8.30am saya gerak ke KL.. 


Berkebetulan saya speeding bagai nak rak (return lah Banting-Penang)... masa balik pula nampak polis tengah pegang kamera.. speed trap lah tu... Terus call Encik BF, habes lah saya.. mana nak cari duit nak bayar saman ni... Lepas jumpa lopis polis tu, terus rasa down... Sampai lah saya sesat kat Kawasan Perindustrian Bukit Raja.. Saya rasa macam dah ikut direction yang bos saya bagi, tapi ntah macamana boleh pulak masuk kawasan tu.. Call Encik BF, call bos saya... Alhamdulillah semua selamat dan sampailah saya di ILP Kuala Langat jam 10.30am ;) Thanks Encik BF layan kerenah saya (part ni Encik BF dah faham sangat agaknya..) dan thanks to my boss sebab siapkan direction untuk saya..


Ini pula baju untuk anak2 sedare saya yang comel... Yang sebelah kiri untuk Faheem, cucu first family Encik BF dan yang kening cair sebelah kanan tu untuk si bambam saya... Rasanya bambam belum ada lagi kan yang warna macam ni? X sabar auntie nak tengok bambam pakai.. Muahs!~~ Sayang dia!~~ Oh yang Faheem punya, saya pos sekali dengan kerepek2 dan jeruk ke rumah bonda Encik BF hehe..


Saya berkenan lah dengan jubah ni... Nampak cantik.. Saya rasa kalau jadikan baju bersanding pun ok jugak ni.. Simple tapi tetap menarik.. Ni gambar saya snap masa tengah duk belek2 mukabuku... Padahal boleh je copy paste kan, tapi ni snap sebab nak send to Encik BF *wink  .. 

Oit Jash, ni entry biasa2 je.. Takde lah random mana pun.. Dah lah x berapa menarik... haa kalau anda tetiba nak cakap macam tu kat saya, ni saya tolong jawab "Takpe lah awak, saya x kisahpun entry ni x menarik, x gempak, sebab ni kisah hidup saya... Kalau nak yang lebih menarik dan lebih gempak, awak tulislah sendiri.. Ye dop? "  hehe.. Okeh gurau je kawan2.. ;)

Menunggu kerajinan menggosok baju,
Jash
11:35
17082011

No comments: