Oh hati...

Andai hati bisa berbicara
Akan dikhabarkan pada dunia
Betapa saat indah jauh melayang
Meninggalkan diri dengan secebis duka

Andai dapat diundurkan waktu
Akan ku khabarkan pada mereka
Bahawa diri ini tidak akan mampu
Hidup di daerah asing ini

Hidup x semudah dan seindah yang diimpikan
Dan mimpi tidak semuanya menjadi realiti
Ada yang kekal indah di dalam mimpi
Ada yang mekar harum di alam realiti
Tapi yang harum itu tidak akan berkekalan andai kita tidak pandai menjaganya
Dan yang mekar itu pasti akan layu jika tidak disemai dengan sebaiknya

Orang kata tanpa dugaan dan cabaran, hidup pasti tidak berseri
Tapi adakah dengan dugaan yang mendatang kita akan lebih menghargai?
Jangan mengharap pada yang tidak pasti
Jangan memandang pada yang tidak sudi
Jangan dekat pada yang ingin menjauhi

Dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya!~~

Melankolik jiwa,
Jash
23:38
18082011

No comments: