Blog berhabuk - bukan salah saya~~

Huhu.. tengok tajuk dah tahu dah... Jash mesti taknak ngaku salah dia juga bila blog ni da berhabuk... Sebenarnya banyak yang berlaku dalam hidup saya kebelakangan ini... Nak tahu? Nak saya tulis kat sini? Urmmm pikir lama2... ok lah, let's share the story here :)

1. Bertukar kerja
Okeh, untuk pengetahuan semua, saya dah bertukar kerja. Berbeza sungguh bidang kerja lama saya dulu dan sekarang. Sebelum ini saya bekerja di industry field (private) tapi sekarang masuk ke education field (government).Dari seorang R&D Engineer bertukar ke Pegawai Latihan Vokasional (PLV). Betapa besarnya jurang yang perlu saya atasi. Tapi insya Allah saya akan cuba yang terbaik!

2. Beralih angin
Bila sudah bertukar tempat kerja, maka 90% sudah dijangka saya akan berubah life environment. Seperti mana sekarang, saya move from Skudai, Johor to Kuala Langat, Selangor. Satu tempat yang tak pernah saya jangka untuk berhabiskan daily life saya mungkin untuk few years yang mendatang. Saya cuba untuk berada dalam lingkungan masyarakat di Kuala Langat, tapi di awal kehadiran saya di sini saya terasa down. Adakah mampu untuk menghadapi semua ini? Insya Allah saya akan cuba yang terbaik!

3. Berubah pemikiran
Mind set saya juga perlu ditune. Saya perlu sentiasa mengingatkan diri saya bahawa saya sekarang sudah berubah daripada menjadi role model kepada adik-adik saya sahaja kepada satu kumpulan yang lebih besar iaitu bakal pelajar-pelajar saya. Besar tanggungjawabnya bila mana tugas kita adalah menyampaikan ilmu kepada orang lain yang tentunya akan menjadi salah seorang pemangkin negara satu hari nanti. Sekrang saya masih dalam proses adaptasi (menyesuaikan diri) dan ia mungkin mengambil masa yang sekejap atau mungkin juga lebih lama dari yang dijangka, itu pun mengikut kemampuan diri saya sendiri. Apapun Insya Allah saya akan cuba yang terbaik!

Sewaktu saya mula-mula menerima surat tawaran untuk jawatan PLV ini, hati saya mengatakan TAKNAK! Bermacam perkara yang saya fikirkan waktu itu. Perkara pertama adalah saya masih gilakan kerja saya di PSNM. Saya suka kerja di situ walapun environment kerja nya mungkinlah tidak sefabulous mana tapi saya suka! Bila saya bertanya dan makin bertanya, barulah saya tahu PLV ni salah satu tugasnya adalah mengajar. OMG! Saya tak pernah membayangkan saya akan mengajar satu hari nanti, walaupun pada hakikatnya Encik BF adalah seorang guru (yang memungkinkan saya untuk beralih angin menjadi cikgu seperti Encik BF). it never cross in my mind.

About a few days juga lah saya menangis disebabkan tawaran itu. Tapi lama saya berfikir sampailah satu ayat ini singgah kat dalam hati dan fikiran saya " Walaupun sehebat mana pun kerja yang dilakukan, tapi andai tidak mendapat restu kedua orang tua kita, maka kerja tu x akan kemana ".. Hati saya masih mengatakan tidak, tapi fikiran saya masih ok.. Masih boleh menilai bahawa "Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya". Walaupun sampai hari ini saya masih mencari apakah hikmah di sebalik perpindahan ini. Saya mula bekerja di PSNM dengan restu parents saya, dan saya bertukar ke government ini juga untuk memenuhi hasrat mereka dan saya yakin dengan restu mereka saya akan berjaya. Insya Allah! Mungkin juga perpindahan ini mengambil berkat 1 Muharam yang bakal menjelang tiba. "Kadang-kala Allah turunkan hujan di tengah hari agar pelangi cantik bakal bersinar selepas itu"...

Jangan ditanya perasaan saya ketika ini... Saya masih dalam proses transisi yang mungkin mengambil masa yang agak panjang.. Kehidupan harian yang agak berbeza... Pembawaan diri yang jauh ketara... Maka saya mengambil ia sebagai satu cabaran yang perlu saya tempuhi dengan penuh redha dan semangat juang yang x pernah pudar.. Saya x pernah berjauhan dengan orang-orang tersayang.. Di sini saya belajar erti hidup yang mungkin x pernah saya alami sebelum ini.. "Ya Allah, bantulah hambaMu ini meniti kehidupan yang penuh cabaran ini, jadikan hambaMu ini dikalangan insan-insan yang mensyukuri nikmatMu dan menjalankan amanahMu dengan penuh redha".. Ameen ya Rabbal Alamin..



Jash
@Putrajaya
Andai waktu mampu berputar kembali....

No comments: