Salam Maal Hijrah 1432


Assalamualaikum kawan2 semua... Kita dah pun masuk ke tahun baru 1 Muharam 1432 Hijrah... Public holiday sudah semestinya... Semalam sebelum masuk bulan Muharam, saya terfikir, apakah azam yang saya ingin bawa bersama ke tahun baru 1432 Hijrah..? Bila bercakap pasal masuk tahun baru Hijrah, orang akan bercerita tentang segala jenis perhijrahan yang mereka lakukan.. Mungkin juga kerana mengambil iktibar daripada kisah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.. Jom kita hayati lirik lagu ni yang saya kira amat bermakna untuk difahami dan dijadikan motivasi diri dalam kehidupan seharian... Sebagaimana kaum Muhajirin dan Ansar yang akhirnya bersatu demi syiar Islam.. 

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua 
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Semoga kita semua akan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah dari Ilahi dalam menjalani kehidupan yang masih panjang ini... Jalan hidup di dunia yang sementara ini sebelum melangkah ke dunia yang kekal abadi nanti... Berpesan-pesanlah dan ingat-mengingatkanlah sementara masih ada peluang... Jadilah kita hambaNya yang bersyukur dan redha atas setiap ketentuan... Ameen...

Nota tangan: Setiap pengorbanan yang ikhlas dan menuju ke arah kebaikan pasti atas ganjarannya.. Insya Allah :)


Jash
Kerinduan pada keluarga tercinta

No comments: