Raya (3) : Arif punya turn!

Walaupun kawan-kawan cakap saya ni jenis driver yang lasak (acece lasak konon.. padahal org cakap "kamoo drive laju lah..")...

Okeh, kita mula perenggan baru... Walaupun saya telah mendapat lesen kereta sejak 4,5tahun yang lalu, dan boleh drive dengan 'well done' (acece... ini perasaan sendiri saja..), tapi my parents sangatlah tidak pernah bagi izin untuk saya drive sorang-sorang balik dari JB ke K.Terengganu n vice versa... Pernah Encik Father datang JB semata-mata nak teman saya drive balik kampung... Kalau time belajar kat UTM dulu, during semester break 3 bulan tu, saya terpaksa tinggalkan kereta pada Encik BF and saya balik by bus... Kereta saya hanya akan berpeluang pulang ke kampung setahun sekali (since saya kerja..), itu pun sebab saya merajuk-rajuk nak pulang beraya dengan kereta..

Raya tahun lepas, saya ajak kawan saya balik bersama ke K.Terengganu,.. From kampung to JB, Encik BF teman saya... Maka selamatlah kepulangan saya pada tahun lepas... Tahun ni, saya pulang beraya sehari sebelum raya, kawan-kawan saya semua da pulang ke kampung, tiada siapa boleh temankan saya.. Terpaksalah pujuk Fahmi untuk temankan saya drive.. Puan Mother cuma mahu ada seseorang di dalam kereta untuk temankan saya, maka Fahmi cuma bertiduran dalam kereta.. Takpe-takpe, itu pun sudah cukup bagus.... Thanks Fahmi :)

Kali ni, from kampung to JB, Arif temankan saya.. Dalam kekalutan persediaan untuk SPM, masih sudi beliau temankan saya... 3hari Arif di JB, nasib baik ada internet... Kalau tak, tentu kebosanan sebab beliau keseorangan di rumah pada hari kedua... Hari last Arif kat sini, we pergi tengok wayang ( since Encik BF mengajar di Limbang, saya hanya tengok wayang tiap kali cuti sekolah saja), shopping, ukur-ukur jalan di JB...




Arif drive.. pusing-pusing kat Danga Bay ( saya tak sanggup duk dalam kereta..) hehe






Kek besday : saya hanya request 1 piece.. Tapi Encik BF kasi 2 pieces (lain jenis)... Saya tak mau sebiji kek sebab tau tak akan habis...





Ohya, ini adalah first time Arif travel sorang-sorang naik bus express... Muka cuak gila, tak habis-habis tanya itu ini.. Alhamdulillah selamat sampai ke kampung dengan jayanya... Alahai adikku ini...

Jash
Raya issue (scheduled post)
Gembira punya adek-beradek yang sporting bagai...

No comments: