Pengumuman Raya Aidilfitri

Hai all... Punya lah berkurun tunggu entry pasal pengumuman raya.. Huhu.. Btw, ni bukannya entry untuk maklumkan bahawa esok hari raya.. Kerana hari ni merupakan 10 Syawal.. Means dah masuk hari kesepuluh kita beraya atau dengan kata lain semua orang dah start bekerja dah pun hehe.... Tapi takpe lah, memandangkan gambar-gambar ada dalam HP, marilah sama-sama kita bercerita tentang raya.. Jom!~~

29hb malam, masing-masing dah tunggu depan TV nak tengok pengumuman raya.. Tiba tepat pada waktunya, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja tu dah bertukar orang.. Ke saya yang ketinggalan? Ni haa announcer yang baru...


Dah siap-siap tengok pengumuman raya yang sememangnya dah diketahui umum jatuh pada 30 August tu, kami pun memulakan operasi preparation untuk masak juadah di hari raya.. Tahun ni raya pertama we buat nasi beriani, rendang daging, kek coklat, tempah sate n ketupat daun palas... Seperti biasa juga kepakaran saya adalah dalam acara potong-memotong.. Makanya bila saya potong bawang yang banyak tak terkata tu di ruang tamu, maka ini lah yang terjadi ...


Tengoklah adik-adik saya... Sorang dengan spek aliennya, sorang lagi dengan helmet yang langsung x padan dengan tuan empunya badan.. Ini gara-gara mata pedih kena bawang.. Memang agak gediks sebab dalam banyak-banyak TV, kat tempat saya potong bawang tu jugaklah yang hendak dihadapnya hadoii... Maka bersiaranlah TV itu sambil ditengok oleh dua jejaka alien dari Planet Zargos ini... Sorry Arif and Boboy, ayat agak canggih ya ;p

Jash
Malam raya di Planet Bumi

No comments: