Hari yang mendatang...

Ohh betapa sudah lama saya meninggalkan blog ini.. Rindu mula bertapak di hati.. Aiseehh intro sikit punya x boleh blah.. Takpe... Sila bawa bersabar ya tuan-tuan dan puan-puan... Hehe...

Ohh sebenarnya mahu cakap, jangan terpedaya dengan tajuk yang bagai keris pulang ke gagang itu.. Aishh maaf saya sudah melalut, saya pun x berapa nak faham maksud peribahasa tu.. Anyway, cerita ni bukan pasal saya seorang pendatang, ataupun pendatang tanpa izin di Malaysia semakin ramai, dan bukan juga cerita tentang anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh... Ini cerita tentang saya dan hari-hari yang dilalui dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.. Maaf, saya melalut lagi...


Minggu ni merupakan study week untuk students ILP Kuala Langat.. Eh rasanya untuk semua students ILJTM.. Lecturers lagi busy, kalah students... Lebih dari itu, saya dah lah first time tahu yang students ILJTM mesti menyiapkan portfolio untuk membolehkan mereka dinilai untuk layak mendapatkan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia)... Saya penyelia Semester 1, tapi yang buatkan saya agak kelam-kabut and rasa gundah gulana sebab banyak sangat proses kerja yang saya tak tahu... By hari ini, saya bersyukur sangat sebab saya dah complete kan portfolio Core Abilities Tahap 1 untuk students saya... Kadang-kadang saya rasa saya lagi bersungguh berbanding dengan students saya huhuhu...


Kebelakangan ini pun, saya cepat penat... Rasa lelah meniti hari-hari di sini... Muka pun dah rasa macam lebih tua dari usia.. Tapi saya tahu, saya tak boleh cepat mengalah dengan keadaan sebegini.. Saya akan berusaha sedaya mungkin untuk sentiasa berada di dalam lingkungan prinsip "Kerja itu satu amanah, maka saya mesti tunaikan dengan sebaik mungkin"... Tanpa ada rasa susah, mungkin kita tak akan berasa tercabar... 


Nota tangan : Saya mendoakan yang terbaik untuk semua pelajar saya agar mereka dapat menghadapi final exam dengan tenang dan yakin dengan setiap yang mereka hadapi.


Jash
03062011
14:08

No comments: