Hidup umpama putaran roda..

Hi u all.. How are you?.. Tengok sikit tajuk entry, serupa mahu bagi ceramah motivasi.. Haha langsung x ada kaitan. Saja tiada idea mahu bagi tajuk apa ;p Hari-hari yang saya lalui di Kuala Langat ini bagaikan tidak menampakkan cahaya kegembiraan buat diri ini... Hidup terasa bagai di awan-awangan walaupun seharian berhadapan dengan kerja-kerja yang berbukit banyaknya (wahh sungguh nampak hiperbola di situ ya)..

Salah satu project student saya (ada bakat diorang ni)

Saban tiba hujung minggu, maka berkeluaranlah saya dari daerah ini.. Menuju ke destinasi yang berbeza, namun tujuannya sama :: untuk lari dari daerah ini yang kadang menyesakkan dada dan minda... Weekend pertama bulan April, saya terbang ke Kota Kinabalu.. Weekend kedua, saya ke Kuala Terengganu.. Weekend ketiga saya melarikan diri ke Putarajaya... Weekend keempat pula saya sekali lagi terbang ke Miri dan Limbang... Dan weekend terakhir April + awal Mei (this coming weekend) saya pulang ke pangkuan keluarga di Kuala Terengganu... Penat?? Jujur saya penat..lelah.. weekdays berkejaran dengan kerja, tiba hari Khamis atau Jumaat berkejaran ke airport... Tapi usah bicara soal penat jika hanya itu ruang dan peluang untuk saya meningkatkan motivasi diri.. Ini pilihan saya, maka saya juga haruslah menerima apa juga risiko yang mungkin tiba...

Nota tangan : Ohh draft entry untuk short trip to KK and Miri, sudah ada.. Tapi belum berkesempatan untuk memasukkan gambar.. Jadi sila tunggu ya!! *wee


Jash
15:25
27042011

No comments: