Pengumuman: Saya berjaya pam tyre!

Wahhh gitu... tajuk entry macam sangat bangga dengan diri sendiri.. Yes!! Definitely I'm proud of myself!

Petang tadi balik dari office (balik awal hari ini sebab kepala macam sudah ting tong akibat tidak cukup rehat mungkin...) terus mentujui ke bengkel kereta... Opss kereta rosakkah Jash?? Urmm susah mahu jawab... Tapi rasanya Getz itu tidak rosak... Cuma pagi tadi masa mahu start enjin, I had to try 2,3 kali dan terus saja ingat kereta itu sudah rosak.. (nasib baik kali ini tidak terus mentelefon Encik Father and cakap "Abah, saya mahu beli kereta baru sebab kereta ini buat hal!.."..).. Itu sebenarnya kisah sebenar semasa saya beli Getz... Gara-gara Proton Saga saya meragam (padahal bateri da kong la sayang...), saya terus decide beli kereta baru... Alahaii budak ini....

Hoih Jash..! Patah balik cerita pasal bengkel kereta.. Opss... Terlebih cerita sudah... Ok, kat bengkel tu saya minta brother bengkel tu check bateri kereta saya.. And he said "boleh jalan lagi ni... tapi better tukar bateri la sebab da nak dekat 2tahun.." Ok2, itu senang untuk saya memfahami dan tentu saja akan datang balik ke bengkel itu untuk mentukar bateri baru.. Ongkos akan berlari-lari lagi meninggalkan saya... Uhuk3...

Kemudian pergi isi minyak dan tetiba sahaja Nanad sound "hey si penulis blog, aku x pernah tengok lagi ko pam tyre kereta ko ni since aku kerja kat kilang tuu..." Wowowo.... Tercabar ni.. Tercabar.. Serious tercabar beb! Hahaha... lalu dengan penuh semangat terkobar-kobar berkobar-kobar, terus sahaja menuju ke stesen minyak yang ada pam yang berfungsi dengan yang terbaek! Dan dengan penuh yakin, Nanad pam kan lah tyre yang pertama... Hehehe.. (nampak x semangat yang ditunjukkan oleh Nanad tu... Erkk!! Ini cerita pasal saya lah!!!...) Ok2, selepas tyre pertama itu, saya pun mengambil tugas dan menselesaikan dengan jayanya!!.. Yeaayyy!!! Terseronok seketika... first time ni saya pam tyre sendiri..(3 tyres pula tu.. hehe)...

Ini last one! Nampak sungguh yakin sekali! Hahaha

Nota tangan: Betul ke ayat "pam tyre" tu.. Tetiba rasa macam pam tyre basikal saja huhu.. tapi tadi bila saya sebut "pam tyre" pada Encik BF, dia faham saja.. Rasanya betul la kot ek?... =)

Nota kaki: Malam ini last episode 'Asramadana' TV3 10:30pm... Sila lah mentonton ya!!! Promo di blog ini, ada orang baca kah? Hohoho
Jash
21:55
04052010

No comments: