Sakit itu hadiah...

Salam sejahtera semua.. Bila baca tajuk entry, jangan kata saya gila okeh!.. Puan Mother pesan, "Sakit itu hadiah dari Yang Maha Esa untuk mendekatkan kita kepadaNya.. Semakin kesakitan melanda diri, semakin kita mendekati Tuhan..." Betul, saya faham kata-kata Puan Mother, saya juga mengerti pesanan beliau...

Dua minggu lepas, selepas balik dari kursus di Marang, Terengganu, saya berasa sakit di bahagian dada sebelah kanan... Bagitahu pada Puan Mother, terus malam tu juga ajak pergi klinik... Doc cakap ada breast lump.. Terus dapat surat refer ke hospital... Tanpa berlengah masa terus call Auntie kat hospital minta beliau dapatkan appointment date...

Nama I silap.. dah dibetulkan dalam system..

Hati rasa serba-salah sebab balik dari kursus di Marang, terus sambung kursus di Kuala Langat... 2 minggu pula tu... Lagi tambah pening kepala, saya jadi Pengerusi LDK untuk Minggu Silaturrahim (minggu orientasi) kemasukan pelajar baru sesi 2/2011... Bagitahu kebimbangan pada Puan Mother, terus kena mini ceramah, kesihatan diri lagi penting dari semua tugasan tu... Dan terus saja beli flight ticket, kemudian baru minta cuti dengan Tuan Pengarah...

Hari-hari yang dilalui rasa macam kosong.. Semangat dan keyakinan diri tidak berada di tahap kebiasaan... Tanya Encik BF, awak sayang saya lagi ke?.. Betapa rasa patah hati... Tapi keadaan tidak seburuk yang disangka.. Kasih-sayang dan semangat yang diberi oleh Puan Mother dan family serta kesabaran Encik BF layan kerenah saya membuatkan saya rasa lebih kuat... Juga berterima kasih pada superior saya sebab tolong saya di waktu saya memerlukan...

Hari appointment saya Khamis lepas.. Saya tinggalkan kursus JAVA yang tengah berlangsung, juga tinggalkan LDK kepada rakan AJK yang lain... Debar di hati tak terkira masa tunggu turn jumpa doctor... Jumpa dengan pakar SOPD, he said lump dah tiada.. Hati sangat girang tak terkira.. Puan Mother juga tersenyum lebar.. Anak kesayangan semakin ceria... Tapi masih perlu makan ubat dan perlukan appointment seterusnya.. Takpe2, at least buat masa kini hati sedikit lega dan perasaan tidak berkecamuk lagi walaupun sakit masih terasa... Jash takutt?? Jujur saya takut...

Mungkin orang tertanya-tanya, dalam masa 2 minggu terus hilang lump gitu..? Atau doctor di Klinik Intan itu salah diagnos..?.. Maaf, saya tiada jawapan untuk soalan itu... Apa yang saya tahu, selama 2 minggu saya amalkan minum fresh juice (tanpa masukkan air dalam juice maker tu) green apple and carrot setiap hari (sambil berselawat dan berdoa moga dihilangkan penyakit yang ada)... Juga berpantang daging dan seafood.. hanya makan ayam setiap hari (skinless of course!)... Saya tidaklah mengatakan apa yang amalkan itu boleh membuatkan breast lump itu hilang, tapi saya menganggap itu salah satu usaha saya...

Dan lagi saya amalkan juga doa yang Puan Mother ajarkan... Letakkan tapak tangan di dada, dan bacalah "Wa syifa'u llima fi suddhur" at anytime... Terdapat beberapa lagi doa, insya Allah jika berkesempatan akan diupdate lagi... Ini bukanlah cerita untuk digelak atau ditangisi bersama, tetapi moga menjadi tatapan mata yang mungkin berguna untuk diri atau orang di sekeliling satu ketika nanti...

Jash
21:39
09072011

No comments: