Kehilangan yang Berpanjangan...

Hi all... Lama menghilang tanpa khabar berita, tetiba buat entry bagai tidak bersalah... Ibarat anak lari dari rumah lalu ibu bapa buat laporan polis gitu.. Maka anak ditemui pulang dengan selamatnya... Lalu anak itu dengan selamba saja makan nasi di dapur seperti yang biasa dia lakukan... Cess perumpamaan bagai tidak kena irama dan aromanya hehe...

Apa pun saya minta maad lama menyepi tanpa sebarang penulisan di blog ini... Mungkin tiada yang menunggu pun.. Hanya penyedap hati sendiri konon-konon blog ni ada yang nak baca hehe... Ini tatacara penyebab kehilangan saya yang agak lama dari blog ini ::


Barang-barang dalam gambar tu saya dapat waktu kepulangan Encik BF untuk menyambut birthday saya pada 30 Sept yang lepas... Sambutan yang agak lewat di sebabkan kekangan distance antara kami... Maka terpaksa redha saja ;) Berhabiskan hujung minggu sekadar dua hari itu walaupun tidak cukup tapi amat bermakna, sebab kepulangan Encik BF  juga bertujuan untuk menghantar saya ke PJ... Tunjukkan tempat etc... 


Pulang dari mengahantar ENcik Bf ke airport, bermula lah hidup sementara di INTAN Wilayah Tengah, PJ untuk menghadiri kursus Induksi Umum selama 16 hari di situ... 3~18 Oct 201... Sebagai seorang government servant, kursus yang saya hadiri tu sangat bermanfaat untuk oarang seperti saya ni yang malas sungguh nak membaca Pekeliling yang pelbagai tu... Kursus 16 hari terasa begitu singkat sebab dikelilingi oleh rakan2 baru yang memang syiok sangat.... ohya, Cik Waniey (lihat pic di atas) pun kursus sama dengan saya.. dan kebetulan satu kumpulan dengan saya... Sangat happy!~~~ *wee


Ini lah group kami yang meletup habes!~~ sangat happening lah mereka ini... Sangat happy berkenalan dengan u all semua... Di tambah lagi dengan pegawai-pegawai yang uruskan kami sepanjang di INTENGAH buatkan saya rasa amat selesa ;) Diharapkan kami semua lulus cemerlang dalam Peperiksaan Induksi Umum ini... Ameen... ~~

Balik dadri induksi umum, super busy di office kerana lama tinggalkan office kan... huhu... Bertambahlah lagi ketidaksempatan untuk saya update blog ni... Takpe lah, tuntutan kerja itu lebih penting dan kepenatan yang dialami memaksa saya untuk bereht dari menulis di blog ini.. Gomen nasai!~~ To be continued...

Jash
11:33

No comments: