Surprising the surprise!~~

Hi all.. How are you? Semalam saya ada cerita saya pi kursus selama 16 hari kan.. Balik dari kursus, saya busy teramat-amat di office... Dalam masa yang sama, saya diberi perkhabaran parents Encik BF nak datang rumah parents saya di Terengganu... Saja datang nak berkenal-kenalan... So, i asked my mom should i be home for that? Puan Mother kata tak perlu lah... Lagi pun it's not an engagement ceremony ke hape kan.. So, saya pun tak fikir lah pasal tu... 

Duk bincang dengan Encik BF, kalau our parents nak berbincang pasal perkahwinan kami, let it be je lah.. Kami tak nak minta dan kami tak akan bantah apa saja keputusan our parents... So we dua orang duk berkira-kira sendiri, agak-agak kalau tak kahwin bulan Mac, mesti kahwin bulan Jun lah agaknya.. Tapi mungkin juga bulan Disember... (ohh semua nya dalam tahun 2012lah)... Encik BF pula cakap, ntah2 kita tunang bulan Disember 2011 kot..?? Saya pun tatau nak cakap apa kan.. N 23rd Oct malam, saya dapat 1 sms from my sister ::

Tu lah isi kandungan sms adik saya... Terkejut?? Ohh sudah semestinya.. Sampai saya tatau nak cakap apa, saya terus saya tidur lepas tu.. Hampess btull Jash!~~ hehe... Esok paginya, Puan Mother call untuk kejut bangun Subuh macam biasa, n she said "nanti Umi call lagi nak cakap pasal semalam".. Then siang tu baru lah Puan Mother cerita pasal perancangan mereka... So, neither me nor Encik BF langsung tidak membantah sebab itu adalah keputusan ibubapa kami...

My bestfriend ada yang merajuk dengan saya, sebab ingat saya tak bagitahu awal-awal tentang plan ni.. Tapi percayalah, saya pun baru mengetahuinya... Maafkan saya wahai buddies... Saya tak pernah terfikir terfikir nak sorokkan apa-apa berita gembira dalam hidup saya dengan kalian semua... Saya sangat sayangkan kawan-kawan saya... ;)

Next post saya akan update tentang persiapan yang telah saya lakukan untuk Majlis Raja Sehari yang hanya dirancang dalam masa 7 minggu :: Dari decision tarikh pernikahan (23 Oct 20110 ~ Majlis Raja Sehari (10 Dec 2011) :: What a hectic period for us!~~

Jash
13112011

Kehilangan yang Berpanjangan...

Hi all... Lama menghilang tanpa khabar berita, tetiba buat entry bagai tidak bersalah... Ibarat anak lari dari rumah lalu ibu bapa buat laporan polis gitu.. Maka anak ditemui pulang dengan selamatnya... Lalu anak itu dengan selamba saja makan nasi di dapur seperti yang biasa dia lakukan... Cess perumpamaan bagai tidak kena irama dan aromanya hehe...

Apa pun saya minta maad lama menyepi tanpa sebarang penulisan di blog ini... Mungkin tiada yang menunggu pun.. Hanya penyedap hati sendiri konon-konon blog ni ada yang nak baca hehe... Ini tatacara penyebab kehilangan saya yang agak lama dari blog ini ::


Barang-barang dalam gambar tu saya dapat waktu kepulangan Encik BF untuk menyambut birthday saya pada 30 Sept yang lepas... Sambutan yang agak lewat di sebabkan kekangan distance antara kami... Maka terpaksa redha saja ;) Berhabiskan hujung minggu sekadar dua hari itu walaupun tidak cukup tapi amat bermakna, sebab kepulangan Encik BF  juga bertujuan untuk menghantar saya ke PJ... Tunjukkan tempat etc... 


Pulang dari mengahantar ENcik Bf ke airport, bermula lah hidup sementara di INTAN Wilayah Tengah, PJ untuk menghadiri kursus Induksi Umum selama 16 hari di situ... 3~18 Oct 201... Sebagai seorang government servant, kursus yang saya hadiri tu sangat bermanfaat untuk oarang seperti saya ni yang malas sungguh nak membaca Pekeliling yang pelbagai tu... Kursus 16 hari terasa begitu singkat sebab dikelilingi oleh rakan2 baru yang memang syiok sangat.... ohya, Cik Waniey (lihat pic di atas) pun kursus sama dengan saya.. dan kebetulan satu kumpulan dengan saya... Sangat happy!~~~ *wee


Ini lah group kami yang meletup habes!~~ sangat happening lah mereka ini... Sangat happy berkenalan dengan u all semua... Di tambah lagi dengan pegawai-pegawai yang uruskan kami sepanjang di INTENGAH buatkan saya rasa amat selesa ;) Diharapkan kami semua lulus cemerlang dalam Peperiksaan Induksi Umum ini... Ameen... ~~

Balik dadri induksi umum, super busy di office kerana lama tinggalkan office kan... huhu... Bertambahlah lagi ketidaksempatan untuk saya update blog ni... Takpe lah, tuntutan kerja itu lebih penting dan kepenatan yang dialami memaksa saya untuk bereht dari menulis di blog ini.. Gomen nasai!~~ To be continued...

Jash
11:33