Happy 6th anniversary..



Note: post ini special edition versi luahan perasaan.. Khas untuk Encik BF.. Orang lain sila jangan muntah hijau ok?! Lalala~~

Salam.. Semalam petang, tengah busy2 buat kerja sebab last model for FTseries will be released by today.. Tetiba hp berbunyi-bunyi minta diangkat.. Akak receptionist call suruh ambil surat.. 'alahaii surat apa pula ni? Xde pun minta Puan Mother pos kan apa-apa surat'.. Bila dah dapat surat (actually a card), hati gumbira sebab dapat card dari Encik BF.. Dan bertambah gumbira sebab it's *Anniversary card*.. Dah 6 tahun we berkawan.. Saya sayang Encik BF sebab:
1. Encik BF sentiasa tolong saya time saya memerlukan.
2. Encik BF sabar layan kerenah saya yang macam angin pantai. Sentiasa berubah-ubah.
3. Encik BF suka berleter pada saya. Tapi selalunya memang sebab saya salah.
4. Family saya n kawan-kawan saya pun OK dengan Encik BF.
5. Saya memang sayang Encik BF!

Kadang-kadang saya rasa Puan Mother saya da transform jadi Encik BF. Puan Mother saya special, Encik BF pun special.

*Note untuk Encik BF: semoga kita sentiasa bahagia dan berada di bawah payung rahmat Ilahi.. Ameen..
<kenapa kita ada anniversary ya?>

Jash
Berfeeling-feeling

Raya (4) : JB time!

It's pics time again..n again...

Location: Rumah K.laila n A.sani (tengok baby Dinie)
               Rumah K.muz n Azhar ( thanks for nasi air... i like!!!! )
               Rumah K.sheera n A.hairul ( Encik BF terkejut bila i bagitau makan mee rebus..)






K.sha yang ayu gitu.. gaya macam wanita melayu terakhir..

 Achik and her son... Sorry Aunty lupa nama la dear... :)

K.muz and A.shukri's wife (named Yanti kalau x silap..) aishhh ingatan sangat teruk nihh...

K.azura, me (yang berbaju raya lain dari yang lain), Nanad, Ray

Nanad yang ayu.. suka sangat gambar ni!


Jash
Raya issue (Scheduled post)
Raya time means makan time.. perut gemots, hati senang!

Raya (3) : Arif punya turn!

Walaupun kawan-kawan cakap saya ni jenis driver yang lasak (acece lasak konon.. padahal org cakap "kamoo drive laju lah..")...

Okeh, kita mula perenggan baru... Walaupun saya telah mendapat lesen kereta sejak 4,5tahun yang lalu, dan boleh drive dengan 'well done' (acece... ini perasaan sendiri saja..), tapi my parents sangatlah tidak pernah bagi izin untuk saya drive sorang-sorang balik dari JB ke K.Terengganu n vice versa... Pernah Encik Father datang JB semata-mata nak teman saya drive balik kampung... Kalau time belajar kat UTM dulu, during semester break 3 bulan tu, saya terpaksa tinggalkan kereta pada Encik BF and saya balik by bus... Kereta saya hanya akan berpeluang pulang ke kampung setahun sekali (since saya kerja..), itu pun sebab saya merajuk-rajuk nak pulang beraya dengan kereta..

Raya tahun lepas, saya ajak kawan saya balik bersama ke K.Terengganu,.. From kampung to JB, Encik BF teman saya... Maka selamatlah kepulangan saya pada tahun lepas... Tahun ni, saya pulang beraya sehari sebelum raya, kawan-kawan saya semua da pulang ke kampung, tiada siapa boleh temankan saya.. Terpaksalah pujuk Fahmi untuk temankan saya drive.. Puan Mother cuma mahu ada seseorang di dalam kereta untuk temankan saya, maka Fahmi cuma bertiduran dalam kereta.. Takpe-takpe, itu pun sudah cukup bagus.... Thanks Fahmi :)

Kali ni, from kampung to JB, Arif temankan saya.. Dalam kekalutan persediaan untuk SPM, masih sudi beliau temankan saya... 3hari Arif di JB, nasib baik ada internet... Kalau tak, tentu kebosanan sebab beliau keseorangan di rumah pada hari kedua... Hari last Arif kat sini, we pergi tengok wayang ( since Encik BF mengajar di Limbang, saya hanya tengok wayang tiap kali cuti sekolah saja), shopping, ukur-ukur jalan di JB...




Arif drive.. pusing-pusing kat Danga Bay ( saya tak sanggup duk dalam kereta..) hehe






Kek besday : saya hanya request 1 piece.. Tapi Encik BF kasi 2 pieces (lain jenis)... Saya tak mau sebiji kek sebab tau tak akan habis...





Ohya, ini adalah first time Arif travel sorang-sorang naik bus express... Muka cuak gila, tak habis-habis tanya itu ini.. Alhamdulillah selamat sampai ke kampung dengan jayanya... Alahai adikku ini...

Jash
Raya issue (scheduled post)
Gembira punya adek-beradek yang sporting bagai...

Raya (2) : Boboy punya time!

Again.. It's pics time... Tapi semua gambar Boboy.. Let's enjoy pics yang tidak seberapa ini....
Location: Rumah Umi Nor n rumah Tok Su








Jash
Raya issue (scheduled post)

Raya (1) : Terengganu time!

Sangat happy pulang beraya di kampung halaman tercinta... Let's enjoy da pics!!!



 Wan's family without K.ha.. Sedihh K.ha takde masa ni.. 













Jash
Raya issue

Hadiah raya atau hadiah harijadi?

Ada satu hari, ecece satu hari... Padahal terus tulis saja 5th Sept.. kan senang tu.. Okeh, we keluar shopping raya lagi.. We: me, Encik BF, and Nanad... Okeh, nanad memang x boleh tinggal... Nanti kesunyian pula di rumah.. Marda awal-awal lagi dah balik kampung... Ohhooo sungguh jealous gitu...!

Saja mahu coretkan di sini saya dapat hadiah harijadi a.k.a hadiah raya daripada Encik BF.. Simple tapi I like!! Cukup untuk buat saya happy dan sangat menghargainya...

Simple!

Really good scent!

Nota tangan: Thank you so much darling!!!

Jash
Pre-raya issue (scheduled post)