Roti arab+meehun soto



Now me n nanad are having our breakfast around taman u.. As per title, our menu are roti arab n meehun soto..

Jash
Breakfast time
Warung Singgah Sini

Kami baru habes main..


...opss tajuk post tidak penuh la pula hehe.. Ayat penuh: kami baru habes main catur bistari.. Peserta 5orang: me, nanad, azhar, a.hairyll, arif.. Siapa yang menang? Kami tengah tunggu result..

Jash
Berdebar
KFC Jusco Taman U

Nanad dan payung ajaib..


Haa best x tajuk post ni? Hehe.. Sekarang ni me n Nanad ada di Giant Plentong.. Menghabiskan masa sementara menunggu kereta siap diservis n guess what..saya m'servis kereta di Hy**da* Service yg lemsss itu.. Huhu.. Sebenarnya ada niat tersembunyi di situ wahaha.. Ok2, sila abaikan ayat terakhir itu =p Oh saja2 mahu share, payung ajaib Nanad dlm gambar di atas adalah payung yang sama diceritakan dlm satu post sebelum ini hehe..

Jash
Bersendaloka
Giant Plentong

Sarawak: First trip of the year!



23~25 april 2010, we're going to Kuching, Sarawak.. Pics n stories will be updated soon.. Muahz!

Jash
Bedtime story
Taman Sri Pulai

Pengumuman: Saya berjaya pam tyre!

Wahhh gitu... tajuk entry macam sangat bangga dengan diri sendiri.. Yes!! Definitely I'm proud of myself!

Petang tadi balik dari office (balik awal hari ini sebab kepala macam sudah ting tong akibat tidak cukup rehat mungkin...) terus mentujui ke bengkel kereta... Opss kereta rosakkah Jash?? Urmm susah mahu jawab... Tapi rasanya Getz itu tidak rosak... Cuma pagi tadi masa mahu start enjin, I had to try 2,3 kali dan terus saja ingat kereta itu sudah rosak.. (nasib baik kali ini tidak terus mentelefon Encik Father and cakap "Abah, saya mahu beli kereta baru sebab kereta ini buat hal!.."..).. Itu sebenarnya kisah sebenar semasa saya beli Getz... Gara-gara Proton Saga saya meragam (padahal bateri da kong la sayang...), saya terus decide beli kereta baru... Alahaii budak ini....

Hoih Jash..! Patah balik cerita pasal bengkel kereta.. Opss... Terlebih cerita sudah... Ok, kat bengkel tu saya minta brother bengkel tu check bateri kereta saya.. And he said "boleh jalan lagi ni... tapi better tukar bateri la sebab da nak dekat 2tahun.." Ok2, itu senang untuk saya memfahami dan tentu saja akan datang balik ke bengkel itu untuk mentukar bateri baru.. Ongkos akan berlari-lari lagi meninggalkan saya... Uhuk3...

Kemudian pergi isi minyak dan tetiba sahaja Nanad sound "hey si penulis blog, aku x pernah tengok lagi ko pam tyre kereta ko ni since aku kerja kat kilang tuu..." Wowowo.... Tercabar ni.. Tercabar.. Serious tercabar beb! Hahaha... lalu dengan penuh semangat terkobar-kobar berkobar-kobar, terus sahaja menuju ke stesen minyak yang ada pam yang berfungsi dengan yang terbaek! Dan dengan penuh yakin, Nanad pam kan lah tyre yang pertama... Hehehe.. (nampak x semangat yang ditunjukkan oleh Nanad tu... Erkk!! Ini cerita pasal saya lah!!!...) Ok2, selepas tyre pertama itu, saya pun mengambil tugas dan menselesaikan dengan jayanya!!.. Yeaayyy!!! Terseronok seketika... first time ni saya pam tyre sendiri..(3 tyres pula tu.. hehe)...

Ini last one! Nampak sungguh yakin sekali! Hahaha

Nota tangan: Betul ke ayat "pam tyre" tu.. Tetiba rasa macam pam tyre basikal saja huhu.. tapi tadi bila saya sebut "pam tyre" pada Encik BF, dia faham saja.. Rasanya betul la kot ek?... =)

Nota kaki: Malam ini last episode 'Asramadana' TV3 10:30pm... Sila lah mentonton ya!!! Promo di blog ini, ada orang baca kah? Hohoho
Jash
21:55
04052010

Berada di kampung itu seronok tapi...

...sangat penat kali ini punya kepulangan ke kampung halaman... Menolong Puan Mother dan Cik Sister menguruskan apa-apa sahaja berkaitan Cik Sister punya majlis kahwin... Rupanya sangat banyak yang perlu diselesaikan, dari seremeh-remeh benda sehinggalah kepada sebesar-besar benda (erkk! betul ke salah ek ayat ni? X apa la ya, tidak kisah lah tentang ayat itu asalkan anda faham saja ya.. hehe)...

 Kesian Boboy penat shopping... Muka pun da xde senyuman da ...

Arif the co-pilot... Muka x ikhlas tuu... =p

3 hari di rumah sepertinya tidak cukup untuk mensetelkan banyak perkara... Macam saja mahu mensambung cuti tapi memfikirkan kerja di office membuatkan saya ..urmmm... berfikir sejenak... ! X apa lah, saya terpaksa juga balik malam ini ke JB dan alhamdulillah janji saya pada Cik Sister telah saya tunaikan siang tadi... At least, hati agak lapang juga (",) Cuma kasihan pada Puan Mother banyak benda perlu beliau setelkan tanpa me and Cik Sister di rumah... Luckily Encik Brother akan pulang minggu ini dan "sila lah kamu membantu Puan Mother ya!" (Pesanan ini ditujukan khas untuk Encik Brother, Fahmi...)

 Ini gambar Stadium Terengganu yang bumbungnya runtuh tu huhu.. Begitu teruk rupanya...


Nanti saya janji akan pulang sehari lebih awal Insya Allah untuk persiapan terakhir ya... Kali ini balik kampung juga agak sedih sebab x sempat berjumpa dengan teman-teman tersayang.. I am so sorrrrryyy my dear Dna, Fara, Til... (Nat, Ad, Hanis.. kalian tiada di Terengganu kan??..)... Alhamdulillah masih sempat bertemu mata dengan my dear little Umar (berat ya baby boy ini...), sempat juga berjumpa Umi Umar, Puan Ada... Congrats Ada and Hafiz... Rindu dengan teman-teman di Terengganu!!!!!

 Si penulis blog ini kelihatan excited yang terlebih sambil2 mentengok Puan Mother angkat Umar

Nota tangan: Kepada adinda-adindaku, Arif, Akin and Adik (yang rupanya mengikuti blog ini.. huhu), silalah merajinkan diri membantu persiapan kahwin K.ha ya (^_^)  ... Opsss Boboy juga ya.. Boy rajin kan?... :)

Nota kaki: Tak sabar nak balik rumah lagi... Ni tengah siap-siap nak pergi bus station... Bakal abang ipar akan send us (me and his fiancee)... Tata...

Jash
20:05
03052010

Saya nak balik kampung tapi...

...tiket saya hilang!... Okies.. Saya tidak bermain dengan kata-kata okehh! Memang gila serius saya cakap, saya sangat cuak bila saya sedar tiket saya hilang..! Masa tu da pukul 9.35pm.. Saya punya bus 10.45pm.. Saya sedar tiket saya hilang masa tengah drive home lepas hantar Nanad and Marda kat stesen bus S.Putri...

Muka pucat macam kalau toreh juga mungkin akan keluar darah putih (opsss macam lagenda Mahsuri saja ya.. huhu)...Tapi seriously saya sangat cuak, terus balik rumah selongkar segala harta karun kat rumah tu (thanks to Hasmah sebab tolong saya selongkar sekali.. ).. Di sebabkan da nazak sambil2 perasaan give up menerpa di minda, makanya saya telah mentelefon Puan Mother dan menginform bahawa tiket saya HILANG!.. Sungguh cuak ah Puan Mother (macam saya juga mungkin...) dan saya dengan perasaan redha terus mendrive ke UTM (untuk park kereta kat sana) and Hasmah sent me to S.Putri...

Terus pergi kaunter itu juga and merayu segala bagai supaya "bagi lah pada saya tiket itu.. plisss"... He said he can't easily give me the ticket even I told him my phone number as prove... They kept my number during I bought the ticket, for reference maybe... He won't give it to me until Hasmah came and she replied the same thing that I was the one who bought the ticket! Seat no.7!!! Very fortunate after 10-15mins, he gave me the ticket (the original one... because the one that I lost was the temporary one..) Thanks God for the very lucky moment..!

Naik saja bus saya terus tertidur dan langsung tidak sedar until 4am haha... Tidur lena maa... Sangat terseronok tapi seat itu sangat besar untuk saya.. ouhhh... I was safely arrived in K.Terengganu at 8am++ the next day... Sempat ambil gambar ini, lokasinya: Marang, Terengganu ::



Nota tangan: Marda juga mengalami perkara malang juga bila mana beliau ditinggalkan bus yang ntah wujud ntah tidak! (*** 1199) damn that bus! Opsss no.. Damn that person who gave her the bus plat number!!!!

Nota kaki: Nanad pula berasa pelik dengan keadaan seat bus yang beliau naiki... Pelik bagaimana itu??? Hahaha

Jash
19:00
03052010